Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Hands-on Honor 9A: Satu lagi peserta dalam kebanjiran telefon kelas harga patut

2020 adalah tahun yang mencabar buat Honor. Disebabkan perang dagang dengan A.S, semua telefon yang dilancarkan mereka dalam tahun ini tidak dilengkapi Google Mobile Services (GMS). Dua telefon terakhir Honor yang ada GMS ialah Honor 8S dan Honor 9X.

Mereka masing-masing ada tanda harga RM399 dan RM999.

Honor 8S
Honor 9X

Namun begitu, sekiranya anda tak bergantung sangat terhadap GMS, Honor 9A ialah satu lagi pilihan mampu milik yang boleh anda pertimbangkan dalam kategori harga patut.

Harganya tetap kompetetif dalam pasaran semasa. Anda boleh dapatkannya pada harga RM549.

Ini adalah artikel hands-on kami untuk Honor 9A.

Telefon ini bakal hadapi kesukaran

Untuk telefon bawah RM1,000, Honor 9A cumalah salah satu dalam lautan produk yang bersaing dalam persekitaran yang sama. Jadi, persaingan untuk mendapatkan perhatian pengguna sangatlah sengit.

Telefon ini ada HMS

Selain tiada GMS, menyukarkan lagi keadaan Honor, sekurang-kurangnya pada saya, ialah rekaan yang sangat generik. Mungkin itulah satu-satunya acuan yang dimiliki pengilang produk ini. Dua telefon yang terpacul dalam kepala sejurus memegang Honor 9A adalah Galaxy A31 dan M31.

Galaxy A31
Galaxy M31

Tapi jangan risau, kedua-dua Samsug Galaxy yang dipetik tadi harganya jauh lebih mahal.

Fizikaliti Honor 9A

Di bahagian muka, Honor 9A memperagakan paparan LCD bertakuk sebesar 6.3”. Panel LCD yang diguna pakai telefon ini cuma ada resolusi 720p, salah satu penjimatan yang dilakukan mereka.

Paparan LCD 6.3″ beresolusi 720p
Kuadkamera belakang

Disebabkan panel tersebut, pengimbas cap jari fizikal hadir sebagai pengenalan biometrik. Selain jari, ciri pengecaman wajah juga ada sebagai alternatif.

Pengimbas cap jari fizikal

Ciri fizikal yang boleh anda temui pada telefon ini ialah seperti butang kawalan bunyi dan kuasa di bahagian kanan, slot SIM di bahagian kiri. Kemudian, anda ada jeriji speaker, jek audio 3.5mm dan port mikro-USB di bahagian bawah.

BACA  15 telefon Oppo Reno4 untuk dimenangi di majlis pelancaran pada 3 Ogos
Butang kausa dan kawalan bunyi di sisi kanan
Trislot nano-SIM dan mikro-SD
Masih dicas menggunakan mikro-USB tapi ada jek audio 3.5mm

Honor 9A sesuai untuk golongan ini

Di bahagian perisian, telefon ini mendukung sistem operasi Magic UI 3.1.0 yang menyaduring kerangka Android 10. Untuk kegunaan harian, sepatutnya ia tiada masalah untuk kendalikannya. Melihat pada spesifikasi teknikal, telefon ini saya sarankan untuk pengguna kasual.

Honor 9A menjalankan MagicUI berasaskan Android 10

Kasual daripada segi pola penggunaan yang lebih menjurus kepada medsos dan melayani kandungan multimedia. Untuk tugasan lebih berat, saya agak ragu-ragu dengannya. Tugasan berat seperti penyuntingan video malahan bermain games sekalipun saya rasa ia kurang berkuasa.

Berbalik kepada sistem operasi, telefon ini tiada GMS. Jadi dia tiada Google Play Store sebaliknya APP disalurkan melalui AppGallery. Namun, pengalaman AppGallery langsung tak selari dengan Google Play Store. Banyak APP ruji saya tiada sebaliknya lebih banyak APP dari Tanah Besar China sahaja.

Pengalaman menonton video yang baik

Sudahnya, saya terpaksa lakukan sideload.

Kebanyakan APP utama terpaksa di-sideload

Pada harga RM549, telefon ini diperkasa silicon MediaTek Helio P22. Di kem Snapdragon, ia boleh digolongkan bersama siri Snapdragon 400. Jadi anda bolehlah letakkan jangkaan terhadap spesifikasi yang boleh dimuntahkannya.

Honor 9A diperkasa MediaTek Helio P22
Bergandingan dengan RAM 3GB dan storan 64GB

Bersama-sama SoC tersebut, ia digandingkan bersama RAM 3GB dan storan 64GB. RAM-nya agak kecil untuk telefon tahun 2020, tapi untuk kegunaan kasual, cukuplah untuk bertahan sekurang-kurangnya setahun sebelum penggunanya perlu menaik taraf telefon ini ke yang lebih baharu.

Konfigurasi kamera yang baik untuk paras harganya

Konfigurasi kamera yang baik, tapi kekurangan satu benda

Di bahagian pengimejan, anda menerima konfigurasi trikamera belakang dan ekakamera depan. Untuk gambar biasa, anda boleh gunaka kamera 13MP dan 5MP (ultralebar). Kamera ketiga telefon ini bertugas untuk simulasi bokeh. Kamera selfie Honor 9A ada sensor 8MP.

Kelengkapan kamera telefon ini pun biasa-biasa saja. Tiada apa yang boleh dibanggakan. Tapi untuk kegunaan kecemasan, ia lebih daripada cukup. Walau apapun, berikut adalah sampel gambar daripada Honor 9A.

BACA  Hanya dua model Vivo X50 akan dibawa ke Malaysia
Ultralebar
1x
4x
Potret + beautify
Potret
Potret
Telefon ini tiada Night Mode khusus
Low Light

Kelebihan ketara Honor 9A

Sesiapa yang memiliki Honor 9A tentu berpuas hati dengan hayat baterinya. Ia ada bateri yang besar iaitu 5,000mAh. Tapi malangnya, disebabkan ketiadaan pengecasan pantas, jangkakan tempoh mengisi tangkinya melebihi 2 jam.

Sebagai rumusan, Honor 9A cumalah satu lagi telefon dalam lautan peranti harga bajet tahun ini. Ketiadaan GMS pastinya mencacatkan keupayaannya untuk menyerlah dalam kalangan yang lain.

Pengguna kasual mungkin tiada masalah dengan spesifikasi yang dimilikinya. SoC Mediatek dan RAM 3GB sahaja dilihat hanya sesuai untuk tugasan ringan dan medsos. Mujurlah bateri 5,000mAh dan paparan 720p-nya tentu berikan tempoh penggunaan yang panjang.

Berminat dengan Honor 9A?

Pada harga RM549, ia adalah sebuah telefon yang ok. Anda boleh dapatkan seunit Honor 9A dalam warna Phantom Blue dan Midnight Black. Bersama-sama pembelian, anda juga akan menerima beg galas eksklusitf Twin Line dan flask berjemana Thermos. Akhir sekala, anda juga akan terimastoran awan seluas 15GB selama 1 tahun.

Layari gedung dalam talian Honor untuk dapatkannya seunit hari ini.