Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Telefon Samsung Tak Didatangkan Dengan Pengecas Seawal 2021?

Puak-puak Android jangan bersorak sangat bila mengetahui yang Apple sedang berkira-kira untuk buang kepala pengecas daripada iPhone baharu. Samsung juga sedang mencongak perkara yang sama dan tak mustahil ia akan berjangkit kepada yang lain.

Menurut laporan, ia disebabkan kepala pengecas sudah terlalu banyak dalam ekosistem dan pada masa yang sama untuk mengurangkan kos. Tidaklah diketahui sama ada pengurangkan kos itu akan disalurkan kepada pengguna akhir dalam bentuk produk yang lebih murah. Tapi, sudah tentu keutamaan diberikan pada mengekalkan margin keuntungan syarikat.

Pengecas VOOC ini kalau nak beli di luar harganya agak mahal

Memanglah kepala pengecas ialah aksesori ruji yang dibekalkan bersama setiap telefon. Masuk akal juga kalau dibuang terus jenis 5W yang dibekalkan Apple selama ini. Tapi di Android, rata-rata penggunanya menerima pengecas sekurang-kurangnya 10W dan ada yang 65W.

Laporan turut nyatakan yang ada produk seawall 2021 akan tidak disertakan kepala pengecas. Jika benarlah, Samsung bakal jadi pengeluar Android yang pertama lakukannya.

Tapi jangan cepat melenting. Xiaomi adalah antara yang terawal meniup khabar angin yang mereka tidak akan memberikan kepala pengecas pada produk mereka. Ia berlaku dalam tahun 2015.

Sumber: SamMobile

BACA  Tablet Samsung dikuasakan Snapdragon 865+ akan tiba di Malaysia bulan ini