• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Android 10 disebar 28% lebih pantas daripada Android 9, ini antara sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:19 pm
  • 10/07/2020
  • Komen
Ini Bukti Mengapa Galaxy A71 & A51 Sesuai Untuk Semua Golongan
Share on FacebookShare on Twitter

Google menerusi satu utusan baru dalam blog Android mereka melaporkan, yang kadar resapan Android 10 berbanding versi lain adalah yang paling tinggi. Angka yang dikongsikan adalah 100 juta dalam masa 5 bulan, yang diterjemah kepada 28% lebih pantas daripada Android 9 Pie.

Menurut pembangunnya, ada beberapa perkara yang menyumbang kepada angka tersebut. Misalnya:



  • Pengenalan Project Trable yang memisahkan kandungan daripada OEM dan Android, mempertingkat kepantasan menyalurkan kemas kini dalam Android 9.0 Pie, 2.5 kali lebih pantas.
  • Ciri Generic System Images (GSI) pula diperkenal, supaya pengeluar telefon boleh mencuba keserasian perkakasan mereka dengan Android dan itu saja menyumbang kepada kadar resapan 1.5 kali lebih pantas pada Andoird 10.
  • Dalam Android 10, pembangun telah memperkenalkan Project Mainline, fungsi yang bolehkan OEM sebarkan kemas kini melalui Google Play.
Google tunda pelancaran Android 11 Beta, namun jadual asal tidak terjejas

Untuk Android 11 yang akan tiba, Google bekerjasama dengan OEM untuk pastikan kadar resapannya lebih tinggi daripada sedia ada. Antara langkah yang diambil ialah seperti:

  • Beberapa OEM sudahpun menyebarkan Android 11 dalam versi Developer Preview untuk pembangun aplikasi mencuba keserasian Android pada perkakasan masing-masing.
  • Kernel Android dipecahkan kepada dua, satu yang mengandungi kod aturcara Android dan satu lagi kod aturcara Linux. Pemecahan ini bolehkan tampalan keselamatan dilakukan lebih pantas tapi tidak menjelaskan bagaimana.
  • Google akan menambah baik mekanisme naik taraf A/B System. Manfaat mekanisme ini ialah kemas kini OTA boleh berlaku di bahagian latar, tanpa perlu mematikan telefon dan restart hanya berlaku untuk menyudahkan kemas kini.

Sumber: The Verge



Tags: androidAndroid 10android 11Android 9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini Bukti Mengapa Galaxy A71 & A51 Sesuai Untuk Semua Golongan

Android 10 disebar 28% lebih pantas daripada Android 9, ini antara sebabnya

10 July 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER