• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink mahu lancar pelan pascabayar baru dengan lebih banyak data

  • OLEH Najib
  • 3:42 pm
  • 10/07/2020
  • Komen
Hotlink mahu lancar pelan pascabayar baru dengan lebih banyak data
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu persaingan paling sihat yang menguntungkan pengguna di Malaysia ialah pelan internet mudah alih. Bulan lepas, kita melihat syarikat telekomunikasi berlumba-lumba memperkenalkan pelan tanpa had yang murah. Bulan ini, ia mungkin membawa kepada perang pascabayar murah.

Celcom telah mengumumkan pelan baharu Xpax XP Lite Postpaid yang menawarkan YouTube tanpa had dari RM38/bulan. Kini timbul ura-ura bahawa Maxis sedang mengatur langkah untuk tawaran baharu pascabayar Hotlink.



Perkara ini ditemui oleh Lowyat.net, di mana beberapa pengedar telah berkongsi brosur iklan pelan pascabayar Hotlink baharu, yang menawarkan internet berkelajuan tinggi sehingga 30Mbps. Tidak diterangkan adakah ia sekatan kelajuan, tetapi 30Mbps adalah lebih dari cukup untuk menonton YouTube 4K.

Sumber: Facebook

Dalam pelan baru ini, semua pelan ditawarkan bersama panggilan dan SMS tanpa had ke semua talian. Pelan pascabayar ini dari serendah RM30/bulan dengan 1GB data, diikuti RM40/bulan dengan 11GB data dan RM50/bulan dengan 21GB data.



Pelan paling mahalnya, dipanggil Hotlink Postpaid 60 berharga RM70/bulan, agak pelik kerana berbeza nama dan harga. Pelan ini diberikan 30GB data, dalam bentuk 20GB untuk semua kegunaan dan 10GB khas untuk YouTube. Dengan tambahan RM20 dari pelan RM50 tadi, ia semacam kurang berbaloi kerana data kegunaan semua kurang 1GB dan 10GB data YouTube semacam agak mahal.

Selain pelan bulanan tadi, brosur ini turut menunjukkan terdapat pek tanpa had yang boleh ditambah. Pek tambahan tanpa had ini adalah seperti berikut:

  • Social (RM10/bulan) – Facebook, Instagram, Twitter, Pinterest, Snapchat
  • Music (RM10/bulan) – Spotify, Joox, JioSaavn, Smule, KKBOX
  • Chat (RM5/bulan) – WeChat, WhatsApp, Line, IMO, QQ

Buat masa ini, terdapat tiga jenis pelan pascabayar Hotlink Postpaid iaitu Hotlink Postpaid 30 (RM30, 1GB), Hotlink Postpaid 30 lebih data (RM40, 5GB + 3GB YouTube) dan Hotlink Postpaid 60 (RM60, 10GB + 10GB Youtube). Semuanya datang bersama panggilan dan SMS tanpa had. Sementara pelan 30 masih sama, pelan 40 dan 60 ditambah lebih banyak data di dalam pelan baru ini.

Di dalam brosur ini, terdapat juga pelan Hotlink Postpaid & Fibre berharga RM99/bulan. Ia masih tawaran yang sama seperti dahulu, menyediakan pelan jalur lebar tetap di rumah berkelajuan 30Mbps bersama pelan mudah alih dengan panggilan dan SMS tanpa had, serta internet dengan kuota 10GB kegunaan semua dan 10GB khas YouTube.

Adakah Maxis akan melancarkan pelan ini dalam masa terdekat? Pelan prabayar tanpa had Hotlink sebelum ini juga dibocorkan oleh pengedar sehari lebih awal sebelum dilancarkan. Mungkin kita boleh mengetahui tentangnya minggu hadapan.

Sumber: Lowyat.net

Tags: hotlinkHotlink Postpaidmaxis
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Hotlink mahu lancar pelan pascabayar baru dengan lebih banyak data

Hotlink mahu lancar pelan pascabayar baru dengan lebih banyak data

10 July 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN