• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

WhatsApp ada 5 perkara baru, tak perlu kongsi nombor lagi untuk kenalan baru

  • OLEH Najib
  • 6:33 pm
  • 10/07/2020
  • Komen
WhatsApp ada 5 perkara baru, tak perlu kongsi nombor lagi untuk kenalan baru
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp, aplikasi permesejan mudahalih yang sangat popular di Malaysia, baru-baru ini mengumumkan 5 fungsi baharu. Fungsi ini akan tiba kepada pengguna secara berperingkat dalam masa beberapa minggu akan datang.

1. Pelekat Animasi

Pelekat merupakan salah satu cara baru untuk berborak masakini. Ia memberikan lebih banyak cara untuk meluahkan perkataan di luar had emoji. WhatsApp akan mengeluarkan sendiri beberapa pek pelekat animasi agar pengguna boleh berborak dengan lebih perasan.



2. Kod QR

Menambah kenalan baru akan ada cara baru, melalui kod QR. Tidak perlu lagi menaip dan menyimpan nombor kenalan baru anda, hanya imbas kod QR mereka untuk terus berborak di WhatsApp.

3. Mod gelap untuk pelayar dan aplikasi desktop

Tema gelap kini boleh digunakan untuk WhatsApp di pelayar web serta aplikasi desktop. Kurang sakit mata kalau menaip di komputer di waktu malam tanpa lampu.



4. Panggilan video berkumpulan

Sebelum ini WhatsApp telah menaikkan had panggilan video berkumpulan kepada 8 orang. Dalam kemaskini baru ini, fokus kepada perseorangan di dalam panggilan video berkumpulan menjadi lebih mudah. Hanya tekan lama pada orang yang anda inginkan dan video dia seorang akan memenuhi skrin.

WhatsApp juga menambah ikon panggilan video untuk kumpulan borak dengan ahli 8 orang atau kurang. Jadi anda boleh terus membuat panggilan video berkumpulan dengan satu tekan sahaja.

5. Status di KaiOS

KaiOS merupakan sistem operasi popular untuk telefon kurang pintar, tetapi WhatsApp boleh digunakan padanya, dengan fungsi terhad. Kini pengguna WhatsApp di KaiOS boleh memuat naik status, yang akan terpadam sendiri selepas 24 jam.

Jika anda masih belum menerima kemaskini ini, jangan risau. Ia sedang dihantar secara berperingkat, jadi nantikan kedatangannya tidak lama lagi. Sebelum itu, pastikan anda telah mengemaskini aplikasi WhatsApp anda ke versi terbaharu.

Sumber: WhatsApp

Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

WhatsApp ada 5 perkara baru, tak perlu kongsi nombor lagi untuk kenalan baru

WhatsApp ada 5 perkara baru, tak perlu kongsi nombor lagi untuk kenalan baru

10 July 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN