• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun 20% untuk pengguna RFID di Jambatan Pulau Pinang mulai 14 Julai

  • OLEH Najib
  • 1:30 pm
  • 13/07/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan lepas, dilaporkan pengguna RFID di Jambatan Pulau Pinang akan mula menikmati diskaun 20% bermula pertengahan bulan Julai. Kini ia telah disahkan, diskaun ini akan diberikan bermula dari hari Selasa, 14 Julai 2020.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata diskaun itu juga boleh dinikmati mereka yang menetap, bekerja atau belajar di Pulau Pinang. Tol di Jambatan Pulau Pinang kini dikenakan pada kadar RM5.74. Dengan diskaun 20% ini, ia menjadi kepada RM4.59 sahaja, untuk pengguna kenderaan persendirian.



Untuk menikmati diskaun ini, pengguna RFID perlu mendaftar di portal PlusMiles terlebih dahulu. Dengan mendaftar masuk di portal ini, diskaun 20% boleh juga diaktifkan untuk kad fizikal Touch n Go.

Dari portal tersebut, dapat dilihat bahawa diskaun untuk RFID ini hanya boleh digunakan untuk kenderaan kelas 2 dan 3 sahaja. Dari laman web Plus, untuk Jambatan Pulau Pinang, kelas 2 merujuk kepada motorsikal dengan tambahan sisi, kenderaaan perdagangan dengan 3 roda, serta kereta termasuk wagon. Kelas 3 pula ialah bas dan lori dengan 2-gandar.



Kepada yang masih belum ada RFID dan berminat untuk memasangnya di kenderaan, pelekat RFID boleh diperoleh di pusat pemasangan di seluruh Pulau Pinang pada harga RM35 seunit. Pelanggan boleh merujuk senarai pusat pemasangan RFID yang berdekatan di sini. Ia juga boleh dibeli secara dalam talian, di Lazada dan Shopee.

Sumber: Berita Harian

Tags: plusrfid
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun 20% untuk pengguna RFID di Jambatan Pulau Pinang mulai 14 Julai

13 July 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN