Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

DualSense PS5 lepasi pensijilan SIRIM

Jika anda pergi ke laman pengkalan data SIRIM dan lakukan carian ringkas, entri terkini daripada pemohon yang bernama Sony (Malaysia) Sdn. Bhd. Adalah satu produk yang mendukung nombor model CFI-ZCT1G.

Ia adalah nombor model DualSense, pad kawalan konsol permainan Playstation 5 yang dijangka diperkenal dalam musim Krismas 2020 ini. Model tersebut juga muncul dalam pengkalan data pihak berautoriti Korea Selatan.

Untuk kali ini, Sony meninggalkan tanda nama DualShock mereka untuk mengguna pakai nama DualSense. Sudah tentu banyak perkara baru yang menjurus kepada perkara tersebut.

Menurut laman web Sony, fungsi suap balik haptiknya nyata ditambah baik dan boleh digunakan pembangun game memanfaatkannya bagi berikan selapis lagi kedalaman daripada segi pengalaman bermain.

Bahagian L1 dan L2 kini bergerak balas secara terus dengan daya yang dikenakan kepada anda. Tiada lagi dwikeadaan, sama ada tekan atau tidak sebaliknya daya tekanan turut mempengaruhi input.

Untuk audio, tahukah anda yang padanya terdapat mikrofon untuk anda berkomunikasi semasa bermain?

Bagi peminat yang menuggu konsol ini sudah tentu ia petanda baik kerana hal tersebut menandakan ketibaan PS5 kedalam pasaran kita agak awal. Untuk perbandingan, pasaran Malaysia mula menjual PS4 pada 20 Disember 2013, benua Amerika Utara pada 15 Disember 2013, dan Hong Kong pada 17 Disember 2013.

Di bahagian harga, PS4 dijual pada harga permulaan RM1,799. Buat generasi yang seterusnya, ura-ura harga tersebut masih boleh dikekalkan kerana ada dua model yang bakal dilancarkan, satu yang ada pemacu Blu-Ray dan satu lagi tiadak

BACA  Google dan Facebook kelak perlu bayar lesen untuk gunakan kandungan berita dari Australia