• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Band 5 versi global dilancar tanpa NFC, pengesan SpO2 dan pembantu suara maya

  • OLEH Najib
  • 11:27 am
  • 16/07/2020
  • Komen
Mi Band 5 versi global dilancar tanpa NFC, pengesan SpO2 dan pembantu suara maya
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam majlis pelancaran global untuk produk ekosistem baru Xiaomi, salah satu produk yang dinanti ramai yang diumumkan adalah Mi Smart Band 5. Ia telah dilancarkan di China pada bulan lepas dan kini diperkenalkan untuk pasaran di luar China.

Walaupun banyak naik taraf padanya berbanding Mi Band 4, versi antarabangsa ini dilihat tidak memiliki beberapa ciri-ciri penting yang diumumkan semasa pelancaran di China. Mi Smart Band 5 kini memiliki paparan berwarna yang lebih besar dan pengesan jejak yang lebih baik, dikatakan 50% lebih tepat.



Satu lagi ciri baru yang terdapat Mi Smart Band 5 ialah fungsi kawalan jauh kamera. Ia membolehkan Mi Smart Band 5 menjadi butang penangkap gambar tanpa pengguna berada hampir dengan kamera secara fizikal.

Selain itu, Mi Smart Band 5 kini memiliki pengecas magnetik serba baru. Pengguna tidak perlu lagi mencabut penjejak ini dari strap untuk mengecas, pengecas boleh dilekatkan secara magnet di belakangnya. Dengan sekali cas penuh, ia boleh digunakan sehingga 14 hari.



Banyak perkara masih dikekalkan untuk Mi Smart Band 5 antaranya penjejak kecergasan, pengesan denyutan nadi 24/7, penjejak waktu tidur serta kalis air sehingga 5ATM, atau sehingga 50 meter di bawah air. Lebih dari 65 pilihan muka jam disediakan selain 6 warna strap yang berlainan.

Bagaimanapun, terdapat ciri-ciri menarik semasa pelancaran di China, tidak diumumkan semasa pelancaran antarabangsa ini. Mi Smart Band 5 antarabangsa ini tiada sokongan NFC, digunakan untuk pembayaran tanpa sentuh. Ia juga tidak ada pengesan SpO2 atau pengesan tahap oksigen di dalam darah. Selain itu, pembantu suara maya Amazon Alexa juga tiada padanya, awalnya dikhabarkan mengganti XiaoAi yang digunakan untuk Mi Band 5 di China.

Mi Smart Band 5 dilancarkan dengan harga lebih tinggi dari Mi Band 4. Ia berharga EUR 39.99 (~RM194), berbanding hanya EUR 34.99 (~RM170) semasa Mi Band 4 dilancarkan.

Kenaikan ini pasti memberi kesan untuk harga di Malaysia. Mi Band 4 dijual di Malaysia pada harga RM149, jangkakan harga lebih tinggi sekitar RM20-30 untuk Mi Band 5 kelak.

Mungkin Xiaomi mahu memperkenalkan versi lain yang ditambah NFC, SpO2 dan Alexa di masa akan datang, pastinya dengan harga lebih tinggi. Tempahan awal Mi Smart Band 5 telah dibuka di Eropah. Bagaimanapun tarikh jualan di Malaysia masih belum diketahui.

Tags: mi band 5xiaomixiaomi mi band 5
Najib

Najib

POPULAR

Mi Band 5 versi global dilancar tanpa NFC, pengesan SpO2 dan pembantu suara maya

Mi Band 5 versi global dilancar tanpa NFC, pengesan SpO2 dan pembantu suara maya

16 July 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN