Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Mi TV Stick dilancar dengan harga sangat rendah

Selepas hampir 2 bulan diceritakan buat pertama kalinya, Xiaomi akhirnya melancarkan Mi TV Stick secara rasmi. Ia diperkenalkan sebagai salah satu produk ekosistem baru Xiaomi.

Mi TV Stick ialah sebuah Android TV di dalam badan sangat kecil, seperti pemacu kilat. Penggunaannya juga sangat mudah, hanya cucuk ke port HDMI paparan, sambungkan kuasa dan ia sedia digunakan.

Spesifikasi Mi TV Stick tidak jauh berbeza dengan Mi Box yang jauh lebih besar. Ia dikuasakan cip Cortex-A53 4-teras dengan grafik dari cip Mali 450. Tetapi RAMnya lebih kecil, hanya 1GB untuk RAM dan 8GB storan dalaman.

Dengan RAM yang kurang, Mi TV Stick hanya menyokong paparan keluar sehingga HD Penuh 1080p sahaja, tiada 4K seperti di Mi Box. Mudahnya, ia menggunakan sambungan mikroUSB untuk kuasa.

Sebagai Android TV, ia memiliki Google Playstore untuk memudahkan muat turun dan kemaskini pelbagai aplikasi kandungan multimedia seperti Netflix, YouTube dan lain-lain. Ia juga datang bersama Chromecast, fungsi mudah memancarkan kandungan dari telefon pintar terus ke skrin besar.

Alat kawalan jauh Bluetooth disertakan bersamanya dengan butang khas Netflix dan Amazon Prime Video untuk akses pantas ke aplikasi kegemaran ramai ini. Selain itu, alat kawalan jauh ini juga ada mikrofon padanya. Hanya tekan butang Google Assistant di atas dan ia boleh membuat carian melalui suara pengguna.

Lain-lain ciri teknikal pada Mi TV Stick ini ialah sokongan bunyi Dolby dan DTS Surround serta sambungan wayarles Bluetooth dan Wifi 802.11ac 2.4GHz/5GHz.

Dalam pelancaran global ini, Xiaomi hanya memberikan harga jualan Mi TV Stick di dalam Euro sahaja, iaitu EUR39.99 (~RM194). Ia lebih murah dari Mi Box S yang kini dijual oleh Xiaomi Global Store di Shopee pada harga RM235. Sila ambil maklum, harga jualan produk Xiaomi di Malaysia jauh lebih murah dari harga di Eropah, jadi kita boleh jangkakan harga rasmi Mi TV Stick di sini lebih rendah, menghampiri RM150.

BACA  Vivo Y20 telefon mampu milik dengan bateri 5000mAh

Tarikh jualan Mi TV Stick di pasaran Malaysia dan antarabangsa masih belum diumumkan, tetapi pasti dalam masa terdekat, memandangkan ia telah dilancarkan secara rasmi. Kita tunggu pengumuman seterusnya dari Xiaomi Malaysia.