• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Fon kepala TWS generasi kedua Xiaomi ini hanya 1/4 harga Apple Airpods

  • OLEH Najib
  • 12:44 pm
  • 16/07/2020
  • Komen
Fon kepala TWS generasi kedua Xiaomi ini hanya 1/4 harga Apple Airpods
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi turut memperkenalkan fon kepala TWS generasi kedua mereka, Mi True Wireless Earphones 2 Basic (Mi TWE 2 Basic) di majlis pelancaran ekosistem baharu. Xiaomi menyatakan ia ada ciri-ciri premium seperti Apple Airpods gen-2, pada harga jauh lebih murah.

Mi TWE 2 basic dijual di Eropah pada harga EUR 39.99 (~RM194) sahaja, sama harga seperti Mi TV Stick dan Mi Smart Band 5 yang diumumkan di majlis yang sama. Fon kepala baru ini boleh digunakan sehingga 5 jam dalam sekali cas penuh, atau sehingga 20 jam bersama bekas penyimpan yang turut menjadi pengecas dan powerbank.



Selain pemandu bunyi besar berukuran 14.2mm, Mi TWE 2 Basic juga menyokong codec audio SBC/AAC berkualiti tinggi. Fon kepala ini juga mempunyai permukaan peka sentuh untuk kawalan mudah di hujung jari, seperti memainkan lagu, menghentikan lagu atau menjawab telefon.

Menurut Xiaomi, fungsi premium yang ada di fon kepala basic mereka ini adalah seperti pengesan dalam telinga, yang boleh mengesan jika ia dikeluarkan dari telinga dan menghentikan lagu buat seketika, dan menyambung semula apabila dimasukkan semula dalam telinga.



Fon kepala ini juga ada fungsi padanan mudah dan sambungan automatik, tak perlu mencari di dalam Bluetooth. Tetapi ia jika digunakan bersama peranti Xiaomi yang baru. Selain itu, bekas penyimpannya dicas menggunakan sambungan USB-C, satu lagi fungsi yang dikatakan premium oleh Xiaomi.

Fungsi premium paling menarik yang disenaraikan ada di Mi TWE 2 Basic adalah fungsi penyaring hingar persekitaran, menggunakan dua mikrofon terbina di dalamnya. Satu mikrofon mengesan suasana persekitaran dan satu lagi mengesan suara pengguna. Secara pintar, ia menyaring bunyi yang tidak perlu didengari pengguna dan memastikan bunyi yang lebih jelas diterima semasa membuat panggilan.

Tarikh jualan untuk fon kepala baru Xiaomi ini masih belum dinyatakan buat masa ini. Untuk mengetahui tentangnya dengna lebih lanjut, layari laman produk di sini.

Tags: Mi True Wireless Earphones 2 Basicxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Fon kepala TWS generasi kedua Xiaomi ini hanya 1/4 harga Apple Airpods

Fon kepala TWS generasi kedua Xiaomi ini hanya 1/4 harga Apple Airpods

16 July 2020
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER