Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Ini gambar ROG phone 3 yang lebih jelas

Asus akan melancarkan telefon gaming terbaru mereka, ROG Phone 3 akan dilancarkan pada 22 Julai akan datang. Gambar rasmi telefon ini masih belum kelihatan tetapi banyak gambar dan maklumat tidak rasmi telah dikongsikan sebelum ini.

Kini terdapat gambar yang lebih jelas tentang ROG Phone 3, dikongsikan oleh pembocor berita @EvLeaks, menerusi akaun Patreon beliau.

Gambar ini menunjukkan ROG Phone 3 mengekalkan tema warna yang sama seperti generasi kedua, warna kelabu gelap dengan garisan futuristik berwarna warni. Di belakang, terdapat tiga kamera bersama dua LED Flash di tepinya. Paling ketara adalah logo ROG dan teks Republic of Gamers berwarna warni.

Di hadapan seperti tiada beza dari ROG Phone 2. Skrinnya tidak bertakuk, dengan kamera hadapan terletak di bahagian bingkai atas. Butang kuasa dan kawalan bunyi terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri, kelihatan port USB-C kedua yang digunakan untuk sambungan aksesori.

Asus ROG Phone 3 telah diumumkan akan menjadi telefon pintar pertama menggunakan kuasa Snapdragon 865+, yang memiliki kelajuan lebih tinggi. Lain-lain perkara masih tidak diberitahu, tetapi ia dikhabarkan akan datang dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB.

Dari penyenaraian di TENAA, ROG Phone 3 memiliki bateri sebesar 5,800mAh serta skrin AMOLED 6.59-inci HD Penuh. Ia turut disenaraikan dengan kamera utama 64MP dan kamera kedua 13MP, tetapi tidak dinyatakan kamera ketiga.

Terdapat juga satu video yang menunjukkan seseorang memegang ROG Phone 3, serupa dengan gambar yang dikongsi oleh Evleaks. Telefon ini memiliki logo Tencent Games di bawah, di mana Asus menghasilkan edisi khas untuk ROG Phone 2 dengan harga lebih murah dari edisi biasa.

BACA  KAFA d’Hijrah: Jadual Minggu 1 Februari 2021

Pelanaran Asus ROG Phone 3 akan berlangsung minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan apakah pembaharuan yang akan ditampilkan.

Sumber: 9to5google