• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magicbook 14 dengan RAM dan SSD diganda akan tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:09 pm
  • 20/07/2020
  • Komen
Honor Magicbook 14 dengan  RAM dan SSD diganda akan tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini mengumumkan variasi baru untuk laptop mereka, Honor MagicBook 14 dengan RAM dan storan yang lebih besar. Sebelum ini ia datang dengan RAM 8GB dan storan SSD 256GB, pilihan terbaru ini digandakan RAM kepada 16GB dan storan SSD kepada 512GB, dengan harga di bawah RM3,000.

Variasi baru Honor MagicBook 14 ini akan mula dijual pada 24 Julai 2020 di Stor HiHonor Malaysia, serta stor rasmi Honor di Lazada dan Shopee. Bagi yang lebih berminat untuk membelinya di kedai, ia akan dibuka tempahan awal di Stor Fizikal Honor dan pengedar sahnya, dari 24 hingga 30 Julai 2020.



Tempahan awal di kedai fizikal Honor serta pembelian dalam talian, akan menerima hadiah percuma berupa tetikus bluetooth Honor, beg Honor dan jam Honor Watch Magic atau fon kepala Honor Sport Pro, semuanya bernilai RM817. Manakal pembelian di kedai pada 31 Julai akan menerima tetikus bluetooth Honor, beg Honor dan penimbang berat Honor Scale 2.

Laptop Honor MagicBook 14 dengan RAM 16GB dan storan SSD 512GB dijual pada harga RM2,999 di Malaysia, berwarna kelabu. Ia RM500 lebih mahal dari variasi lebih kecil, dengan RAM 8GB dan storan SSD 256GB iaitu RM2,499 yang berwarna perak. Selain RAM dan storan, kedua-dua laptop ini berkongsi spesifikasi yang sama, dengan berat badannya 1.38kg sahaja.



Honor MagicBook 14 dikuasakan cip AMD Ryzen 5 3500U, bersama pemproses grafik AMD Radeon Vega 8. Skrin laptop ini berukuran 14-inci, dengan resolusi HD Penuh 1920×1080. Laptop ini memiliki keunikan seperti kamera web boleh sorok di papan kekunci, serta rekaan luar dengan garisan biru. Pengimbas capjari turut terdapat di butang kuasa.

Tenaga baterinya boleh memberikan hayat penggunaan sehingga 10 jam tanpa henti dan ia dicas melalui USB-C dengan kuasa mengecas 65W. Pegecasan selama 30 minit boleh memenuhkan hampir separuh kapasiti bateri. Sambungan yang terdapat padanya ialah 2 port USB-A, HDMI, jek audio 3.5mm dan USB-C yang turut digunakan untuk mengecas.

Tags: honorhonor magicbook 14
Najib

Najib

POPULAR

Honor Magicbook 14 dengan  RAM dan SSD diganda akan tiba di Malaysia

Honor Magicbook 14 dengan RAM dan SSD diganda akan tiba di Malaysia

20 July 2020
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN