Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PM tidak membuat pengumuman atau larangan baru dalam perutusan khas, kecuali memberi amaran

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini kembali ke kaca tv untuk satu perutusan khas berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pemulihan (PKPP). Dalam perutusan kali ini, tiada sebarang pengumuman bantuan baru atau larangan baru dikuatkuasakan. Ia hanyalah satu pesanan peringatan buat rakyat Malaysia sahaja.

PKPP telah dilaksanakan sejak 10 Jun dan dijadualkan berakhir pada 31 Ogos 2020. Ia memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia selepas terpaksa duduk di rumah selama hampir 3 bulan. Kedai-kedai perniagaan, sekolah dan universiti, pengangkutan awam dan banyak lagi perkara telah dibenarkan beroperasi semula. Tetapi ia harus dijalankan dengan norma baharu, seperti penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sering membasuh tangan.

Wabak COVID-19 yang telah menurun kepada 1 angka menjadi tanda aras untuk kerajaan membenarkan semula rakyat Malaysia untuk keluar rumah dan bergerak seperti biasa. Bagaimanapun, kes jangkitan COVID-19 dilihat telah meningkat kembali kepada 2 angka, dengan kewujudan kluster baharu membuatkan Perdana Menteri terpanggil untuk memberi peringatan kepada semua.

Jika jangkitan COVID-19 terus meningkat, kerajaan mungkin terpaksa untuk melaksanakan kembali perintah kawalan pergerakan untuk mengekang jangkitan. Malah sebelum itu, kewajipan memakai pelitup muka akan dikuatkuasakan kepada semua yang mahu berada di luar rumah.

Rakyat Malaysia diminta untuk tidak alpa dan lalai kerana COVID-19 masih belum berakhir. Semua orang terutama sekali ketua seperti pengetua, guru besar, ketua kampung, imam dan lain-lain ketua perlu memainkan peranan mengawal masyarakat dari bergaul bebas.

Kejayaan memerangi COVID-19 terletak di bahu semua orang. Jika tidak mahu kerajaan melaksanakan semula perintah berkurung, ingatlah untuk menjaga sesama kita. Sentiasa beringat dan memperingati satu sama lain.

Kita Jaga Kita. Kita Mesti Menang.

BACA  Grafik cantik bukanlah sebab kenapa anda perlukan PS5, tapi sebab ini