Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Tempahan awal Vivo X50 Pro berkamera gimbal ada hadiah percuma bernilai RM697

Vivo akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, siri X50 di Malaysia pada hari esok, 21 Julai 2020. Bersama pelancaran tersebut, Vivo akan membuka tempahan awal bermula dari esok. Seperti biasa, tempahan awal akan menerima hadiah percuma, kali ini bernilai RM697.

Menurut Vivo, siri Vivo X50 akan datang dalam tiga pilihan warna iaitu biru, hitam dan kelabu. Harga rasminya di Malaysia bermula dari RM 2,399. Tempahan awal telefon ini akan dibuat secara eksklusif di Lazada, dengan hadiah bernilai RM 697 seperti berikut:

  • 1 tahun jaminan tambahan
  • 1 tahun perlindungan keretakan skrin
  • 1 unit pembersih udara
  • 1 unit pembesar suara Logitech X50

Jika belum tahu, terdapat dua model siri X50 akan dijual di Malaysia iaitu Vivo X50 dan Vivo X50 Pro. Kedua-duanya dikuasakan oleh cip Snapdragon 765G dengan sokongan 5G.

Vivo X50

Vivo X50 dipasang dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Bateri di dalamnya berkapasiti 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Skrinnya dari jenis AMOLED HD Penuh, berukuran 6.56-inci dengan resfresh rate 90Hz.

Terdapat empat kamera di belakangnya, gandingan kamera utama 48MP F1.6, kamera potret 13MP F2.46, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 5MP F2.48. Kamera hadapannya 32MP F2.45 di dalam lubang di sudut atas skrin.

Dari Stor Vivo di Lazada, ada dua pilihan warna X50 iaitu hitam dan biru, dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Memandangkan Vivo mengumumkan harga siri X50 dari RM 2,399, ia pasti merujuk kepada Vivo X50 ini.

Vivo X50 Pro

Vivo X50 Pro pula dipasang RAM 8GB tetapi storan lebih besar 256GB. Baterinya juga lebih besar sedikit, 4,315mAh dan menyokong pengecasan pantas Vivo FlashCharge 2.0 33W melalui USB-C. Skrin versi Pro ini sama, dari jenis AMOLED HD Penuh berukuran 6.56-inci dengan resfresh rate 90Hz.

BACA  Redmi Note 9 dengan storan 128GB juga turun harga

Tarikan utama telefon ini ialah fungsi gimbal di kamera belakangnya. Ia memberikan kestabilan yang jauh lebih baik berbanding penstabil imej optikal (OIS). Kamera belakang ini ada empat, iaitu kamera utama 48MP F1.6, kamera potret 13MP F2.46, kamera telefoto 8MP F3.4 dan kamera makro 8MP F2.2. Kamera hadapannya 32MP F2.45, terletak di dalam lubang di bahagian atas skrin.

Hanya terdapat satu warna untuk Vivo X50 Pro iaitu kelabu. Harga jualannya masih belum diketahui buat masa ini tetapi pasti akan diumumkan esok. Untuk rujukan, Vivo X50 Pro telah dijual di Indonesia dengan spesifikasi yang sama, pada harga IDR 9,999,000 (~RM 2,868).

Adakah anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar dengan kamera bergimbal tetapi berkuasa Snapdragon 765 5G, pada harga RM 2,800? Jika ya, bersiap sedialah untuk membuat tempahan awal dan menerima hadiah percuma bernilai RM 697.