• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nikon Z5 jadi jambatan APS-C kepada Full Frame tanpa koyakkan poket

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:22 pm
  • 21/07/2020
  • Komen
Nikon Z5 jadi jambatan APS-C kepada Full Frame tanpa koyakkan poket
Share on FacebookShare on Twitter

Nikon Z5 membidik golongan yang ingin berpindah daripada kamera dengan sensor APS-C kepada kamera Full Frame tanpa berbelanja besar. Sebagai perbandingan, Nikon Z50 boleh anda dapatkan dalam pasaran Malaysia pada harga bermula RM4,098 sedangkan Nikon Z5 ada tanda harga bermula USD1,400 (RM5,697) manakala Z6 anda boleh dapatkannya pada harga bermula RM9,698.

Daripada sepesifikasi, ada beberapa kompromi dilakukan Z5 untuk memungkinkan harga mampu miliknya. Paling ketara adalah perubahan pada kualiti binaan. Sebahagian besar badannya adalah plastik polikarbonat seperti Z50 tapi tetap kalis cuaca dan tahan lasak.



Tiada paparan sekunder yang memaparkan tetapan kamera seperti Z6 dan Z7 sebaliknya tempat itu digantikan dengan roda mode. Ada crop sebanyak 1.7x apabila merakam video 4K tak seperti saudaranya lantas jadikan kamera ini tak sesuai untuk videografi beresolusi tinggi.

Tambahan pula, format video 4K yang boleh dirakamnya cumalah mencapai 30fps dan untuk FHD kebawah cuma boleh pergi sehingga 60fps. Agak menyedikan sebab kamera semahal ini tiada keupayaan merakam gambar gerak perlahan 120fps.



Kemudian, sensornya tidak sekuasa Z6. Walaupun ada 24.3MP, ia bukanlah daripada jenis BSI tapi pemproses imej Expeed 6 padanya juaga adalah pemproses yang serupa seperti Nikon D6,Z6, dan Z7.

Nikon mendengar permintaan penggunannya. Di Z6 dan Z7, memang ada dua slot storan tapi cuma satu sahaja daripada jenis SD manakala satu lagi ialah XQD. Tapi di Z50, anda terima dua slot SD untuk digunakan.

Lagi yang dikekalkan daripada ahli Z yang lain ialah viewfinder jenis OLED pada resolusi 3.69MP, paparan peka sentuhan seluas 3.2” dan penstabil imej dalam badan (IBIS).

Di A.S, Nikon Z5 akan mula menemui peminatnya dalam bulan Ogos 2020. Harga kamera beserta kit lens adalah seperti berikut:

  • USD1,700 (RM7,264) (24-50mm F4-6.3)
  • USD2,200 (RM9,377) (24-240mm F4-6.3)

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Nikonnikon z5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nikon Z5 jadi jambatan APS-C kepada Full Frame tanpa koyakkan poket

Nikon Z5 jadi jambatan APS-C kepada Full Frame tanpa koyakkan poket

21 July 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN