• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Celcom dapat naik taraf kuota percuma

  • OLEH Najib
  • 6:18 pm
  • 22/07/2020
  • Komen
Pengguna Celcom dapat naik taraf kuota percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai pengguna Celcom hari ini menerima SMS yang menarik dari Celcom. Biasanya SMS yang diterima hanyalah iklan untuk melanggan ring tone, atau insuran, atau kontrak peranti Easy Phone dan macam-macam lagi.

Tetapi SMS yang diterima petang ini bermula dengan ayat, berita baik untuk pelanggan Celcom. SMS itu menjelaskan kuota internet pelan Celcom pengguna akan dinaikkan pada kitaran bil seterusnya, tanpa caj tambahan. Lain-lain kelebihan juga akan dikekalkan.



Antara SMS yang dikongsikan kepada kami menyatakan, pelan Celcom Mega ditambah 10GB, pelan Celcom Gold Plus dinaikkan dari 40GB ke 50GB, serta pelan First Gold Supreme ditukar dari 25GB weekday +25GB weekend kepada 35GB weekday + 35GB weekend.

Buat masa ini, Celcom tidak menyatakan secara rasmi tentang kenaikan kuota percuma ini. Laman web Celcom juga tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap pelan sedia ada mereka.



Celcom kini menawarkan pelan pascabayar menerusi Celcom Mega dan Xpax XP Lite. Celcom Mega menyediakan pelan asas 40GB berkadar RM80/bulan, dengan pilihan tambahan Lightning berkelajuan tinggi, atau Unlimited tanpa had kuota dengan beberapa sekatan.

Manakala pelan Xpax XP Lite boleh dilanggan dari serendah RM28 dengan 1GB data sebulan, dengan tambahan M Pass atau L Pass untuk YouTube tanpa had. Semua pelan pascabayar Celcom diberikan panggilan tanpa had ke semua talian.

Tags: celcomcelcom mega
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna Celcom dapat naik taraf kuota percuma

Pengguna Celcom dapat naik taraf kuota percuma

22 July 2020
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN