Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kotak Misteri RM99 ini mungkin hadiahkan anda telefon baru OnePlus Nord

Jika anda berminat untuk memiliki set rasmi OnePlus Nord di Malaysia, maka anda harus mendapatkan kotak misteri OnePlus berharga RM99 ini. Stor rasmi OnePlus Malaysia di Shopee, akan menjualnya pada 1 hari sahaja minggu hadapan, dengan kuantiti terhad.

Pada 4 Ogos 2020, sebanyak 450 kotak misteri OnePlus Nord akan dijual di stor rasmi OnePlus Malaysia di Shopee. Setiap kotak misteri itu mengandungi baucar tunai bernilai RM 99, serta hadiah rawak di dalamnya. Dalam hadiah rawak tersebut, 2 pembeli bertuah boleh memiliki telefon pintar OnePlus Nord.

Untuk pemberian hadiah rawak ini, OnePlus telah menyediakan 2 unit telefon pintar OnePlus Nord, 10 unit fon kepala OnePlus Buds, 15 unit jaket OnePlus Nord Tyvek dan selebihnya adalah cenderahati OnePlus Nord seperti botol air, beg kain, t-shirt dan pelekat.

Baucar tunai RM 99 ini boleh digunakan untuk pembelian tanpa nilai minima. Malah, anda dijamin akan menerima hadiah dari OnePlus, jadi pembelian kotak misteri ini adalah sangat berbaloi. Untuk peminat OnePlus, jangan lupa untuk mendapatkan kotak misteri ini di stor rasmi OnePlus Malaysia di Shopee pada tengah malam 4 Ogos 2020.

Beberapa pekedai telah mengambil tempahan awal OnePlus Nord, walaupun harga jualannya masih tidak diketahui. Ia dijangka mula dijual di Malaysia pada penghujung bulan Ogos 2020. Model asas OnePlus Nord dikatakan datang bersama RAM 8GB dan storan 128GB, dengan harga di bawah RM2,000.

Sumber: Shopee

BACA  iPhone 12 dan iPhone 12 mini: Telefon 5G paling kecil dan berkuasa di dunia