Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OnePlus Nord mula diambil tempahan awal di Malaysia

OnePlus Nord akan dilancarkan di majlis antarabangsa pada 21 Julai 2020. Tempahan awal telah dibuka di Eropah yang menyediakan cenderahati eksklusif OnePlus Nord. Kini tempahan awal peranti ini di Malaysia telah kelihatan, tetapi ia bukannya secara rasmi dari OnePlus sendiri.

Sebuah penjual produk permainan video di Malaysia, GamersHideout telah membuka tempahan awal untuk telefon pintar OnePlus Nord di Malaysia. Mereka turut memaparkan harga jualan serta spesifikasi penuh telefon tersebut, walaupun ia masih belum diumumkan secara rasmi di mana-mana pasaran di dunia.

Di laman tempahan awal tersebut, terdapat dua variasi OnePlus Nord disenaraikan. Variasi RAM 8GB dan storan 128GB berharga RM1,799. Manakala variasi RAM 12GB dan storan 256GB pula berharga RM2,099.

Pembeli yang mahu membuat tempahan awal ini perlu membayar despoit sebanyak RM200 untuk variasi RAM 8GB dan RM300 untuk variasi RAM 12GB. Penghantaran dijangka bermula pada 18 Ogos 2020. Terdapat dua warna boleh dipilih iaitu kelabu dan biru.

Terdapat catatan kecil di bawah mukasurat tersebut menyatakan, pembatalan tempahan awal akan dikenakan bayaran RM50. Perlu diambil perhatian bahawa GamersHideout tidak menyatakan sama ada ini adalah set Malaysia atau set import.

Seperkara lagi, senarai spesifikasi yang terdapat di laman tempahan awal GamersHideout mungkin tidak tepat. Satu yang ditemui adalah gambar yang digunakan, berbeza dengan telefon yang diperlihatkan di dalam temubual MKBHD bersama pengasas bersama OnePlus, Carl Pei.

Selain itu, laman tersebut menyatakan OnePlus Nord dikuasakan pemproses Snapdragon 765G dan sedia 5G, skrin Super AMOLED 6.44-inci HD Penuh 90Hz, bateri 4,115mAh dan pengecas pantas Warp 30W.

OnePlus sendiri baru mengesahkan tentang maklumat kamera mereka. Di belakang, 4 kameranya ialah kamera utama 48MP Sony IMX586 F1.75 bersama penstabil imej optikal (OIS), kamera ultra lebar 8MP, kamera pengesan kedalaman 5MP dan kamera makro. Kamera hadapan pula ada 2, pertama seumpanya di peranti OnePlus iaitu kamera utama 32MP serta kamera ultra lebar.

BACA  Pelancaran OnePlus Nord di Malaysia akhirnya diumumkan

Sumber: Facebook