• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lupakan storan awan berbayar bila anda ada Telegram dengan kemas kini terbaru ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:14 am
  • 27/07/2020
  • Komen
Lupakan storan awan berbayar bila anda ada Telegram dengan kemas kini terbaru ini
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun Telegram telah menerbitkan kemas kini terbaru platform permesejan terkenal global pada 26 Julai yang lalu.

Saiz perkongsian fail dipertingkat kepada 2GB

Perubahan paling ketara ialah had saiz fail maksimum yang boleh dikongsikan antara pengguna kini dipertingkat kepada 2GB.



Telegram membenarkan fail dikongsi tanpa had dan tiada had bandwidth dikenakan. Dengan perkongsian sehingga 2GB, sudah tentu ramai yang boleh memanfaatkannya sebagai storan awan percuma.

Statistik tersedia untuk saluran dengan pengikut bermula 500

Kemudian, sekiranya anda salah seorang pentadbir saluran di Telegram, anda mungkin boleh terima manfaat statistic kumpulan. Semasa diperkenal, fungsi ini hanya tersedia untuk saluran dengan ahli seramai 1,000. Tapi palang itu direndahkan kepada 500 sahaja.



Kemas kini terbaru Telegram ini bawa platform permesejan itu jauh tinggalkan Whatsapp

Video Profil

Kalau dalam filem Harry Potter, anda tentu perasan gambar dan surat khabarnya tampilkan imej yang bergerak. Berita baik, anda boleh lakukan perkara yang sama untuk profil Telegram anda.

Sunting wajah sebelum hantar

Kalau anda ambil selfie dalam Telegram, anda boleh sunting wajah anda sebelum hantar. Ada fungsi Softem Skin yang boleh dilaraskan kekuatannya.

Telegram boleh jadi Spotify peribadi anda

Buat pengguna Telegram di Android, anda fungsi tambahan untuk anda. Pemain fail muzik di platform itu telah ditambah baik. Antara mukanya seperti pemain muzik khas dan ia akan senaraikan semua fail audio yang telah diutuskan dalam ruangan chat, saluran, ataupun kumpulan. Jadi bolehlah anda gunakan fungsi ini untuk mengehoskan fail muzik kegemaran anda.

Beberapa jajan kecil lain

Bahagian People Nearby juga dimaklumkan Telegram telah ditambah baik. Apabila anda dihubungi orang yang tak dikenali, ia akan beritahu anda jarak antara si pemanggil dengan anda.

Kemudian, sekiranya anda menghubungi orang lain, ia akan cadangkan pelekat yang bersesuaian untuk anda mulakan perbualan.

Semasa berbual, anda tak perlu buka bebenang chat anda untuk lihat apakah yang telah dikepilkan kerana di bahagian perumah akan ada thumbnail mini untuk anda periksa sebelum buka bebenang chat.

Oh ya, bilangan animasi emoji juga telah ditambah.

Anda boleh muat turun Telegram di Android dan iOS.

Sumber

Tags: androidiOStelegram
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Lupakan storan awan berbayar bila anda ada Telegram dengan kemas kini terbaru ini

Lupakan storan awan berbayar bila anda ada Telegram dengan kemas kini terbaru ini

27 July 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN