Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OnePlus Nord meliuk lintuk dikerjakan Jerry

OnePlus Nord dikesan sudahpun melalui sesi ujian kelasakan Jerry Rigs Everything dan hasilnya memang seperti yang dijangkakan.

Kerangka utama yang diperbuat daripada plastik membuatkannya agak fleksibel dan meliuk apabila dikenakan daya daripada si Jerry. Keadaan itu menyebabkan panel paparannya retak tapi yang menariknya kaca Corning Gorilla Glass 5 yang melindungi paparan terselamat daripada retak bersama-sama kaca bahagian belakang.

Ia tidaklah menghairankan kerana kompromi sudah tentu dilakukan untuk beroleh sebuah telefon dalam kategori harga patut.

Kerangka plastik OnePlus Nord

OnePlus Nord adalah produk yang menerima perhatian hangat masa ini walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Dijangkakan miliki tanda harga kurang daripada RM2,000, telefon ini bakal berikan alternatif kepada pengguna.

Kaca Corning Gorilla Glass 5 cemerlang dalam ujian

Pengguna yang sudah tentu berminat dengan OnePlus Nord ialah daripada golongan jelak dengan sistem operasi MIUI ataupun yang mahukan pengalaman menghampiri stock Android pada harga munasabah.

Spesifikasi ringkas OnePlus Nord adalah seperti berikut:

  • Paparan 6.44” FHD+ 90Hz
  • SoC Snapdragon 765G
  • RAM bermula 6GB
  • Storan bermula 64GB
  • Bateri 4,115mAh pengecasan pantas 30W
  • Kamera belakang 48MP+8MP+5MP+2MP
  • Kamera depan 32MP+8MP
BACA  Realme C12 Music Bundle dijual lebih mahal dari Realme C3