• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi Postpaid terima naik taraf kuota dan ganjaran berganda untuk pengguna setia

  • OLEH Najib
  • 7:21 pm
  • 29/07/2020
  • Komen
Digi Postpaid terima naik taraf kuota dan ganjaran berganda untuk pengguna setia
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih lama anda menggunakan Digi, lebih banyak data yang anda perolehi. Itulah tawaran terbaru yang dijanjikan di dalam pelan pascabayar Digi Postpaid Start yang diperbaharui. Pelanggan Digi Postpaid 38 dan Digi Postpaid 58 akan menikmati internet berkelajuan tinggi dengan kuota data lebih banyak.

Untuk memahami jumlah kuota yang diterima, pengguna Digi perlu meneliti beberapa perkara. Terdapat tiga jenis kuota yang akan diterima di dalam pelan ini. Pertama ialah kuota asas, kedua ialah kuota Internet Bonus 365 dan ketiga adalah kuota bonus kesetiaan. Semua kuota ini berkelajuan tinggi, tanpa sekatan kelajuan.



Bagi Digi Postpaid 38, pengguna akan menerima 9GB kuota asas, 7.5GB kuota Internet Bonus 365 dalam bentuk 250MB/hari selama 30 hari, dan kuota bonus kesetiaan berperingkat. Untuk bulan 1-6 tiada kuota bonus kesetiaan. Bulan 7-12 sebanyak 3GB diberikan, bulan 13-18 pula 6GB, bulan 19-24 sebanyak 9GB dan bulan ke 25 sehingga akhir hayat menerima kuota bonus kesetiaan sebanyak 12GB.

Untuk Digi Postpaid 58 pula, kuota asas diberikan sebanyak 15GB dan kuota kuota Internet Bonus 365 pula adalah 15GB, dalam bentuk 500MB/hari. Dalam 6 bulan pertama, tiada kuota bonus kesetiaan diberikan. Bulan 7-12 menerima 5GB, bulan 13-18 pula 10GB, bulan 19-24 sebanyak 15GB dan bulan 25 sehingga akhir hayat akan menerima kuota bonus kesetiaan sebanyak 20GB.



Digi turut memberikan kuota Internet Bonus 365 dan kuota bonus kesetiaan kepada pelan Digi Postpaid 80. Kuota asasnya sebanyak 40GB dan kuota Internet Bonus 365 adalah 1GB/hari. Kuota bonus kesetiaan pada setiap 6 bulan meningkat dari 0GB kepada 10GB, kemudian 20GB, seterusnya 30GB dan akhirnya kekal pada 40GB sehingga akhir hayat.

Untuk pelan Digi Postpaid 120, 160 dan 190, Digi memaklumkan bahawa kuota asas semua pelan ini ditingkatkan menjadi 60GB, 80GB dan 100GB. Tiada kuota Internet Bonus 365 dan kuota bonus kesetiaan diberikan tetapi pengguna pelan ini menikmati perayauan internet dan panggilan IDD ke 10 negara secara percuma. Semua naik taraf kuota ini akan diberikan kepada pengguna secara automatik berkuatkuasa 21 Ogos 2020.

Pengguna Digi juga boleh mendapatkan telefon pintar baharu secara ansuran menerusi program Digi Phone Freedom 365. Selain itu, program ini turut menggandakan kuota asas pelan yang dilanggan bersama. Sebagai contoh, pelan Digi Postpaid 190 bersama Digi Phone Freedom 365, menerima kuota asas sebanyak 100GB x2 iaitu berjumlah 200GB.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan baru Digi ini, layari laman web Digi Postpaid Plan.

Tags: digiDigi postpaid Start
Najib

Najib

POPULAR

Digi Postpaid terima naik taraf kuota dan ganjaran berganda untuk pengguna setia

Digi Postpaid terima naik taraf kuota dan ganjaran berganda untuk pengguna setia

29 July 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN