• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Unpacked 2020: Cara untuk tonton siaran langsung di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:05 pm
  • 05/08/2020
  • Komen
Galaxy Unpacked 2020:  Cara untuk tonton siaran langsung di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dijadualkan mengadakan acara tahunan Unpacked mereka pada 5 Ogos 2020 pada jam 10 malam. Pada acara itu, mereka dijangka akan mengumumkan beberapa produk baru. Antaranya ialah Galaxy Note 20, Galaxy Live Buds, Galaxy Watch 3, Galaxy Tab S7, dan satu lagi peranti boleh lipat.

Acara itu akan distrimkan secara langsung di beberapa saluran. Yang paling mudah adalah melalui YouTube di bawah ini.



https://www.youtube.com/watch?v=CmS5rlX9cDA

Antara maklumat yang pasti tentang produk yang bakal diumumkan adalah Galaxy Note 20 akan hadir dalam dua varian, satu Galaxy Note 20 Ultra dan satu lagi Galaxy Note 20. Kedua-dua mereka akan menggunakan SoC Exynos 990 dengan sokongan 5G.

Samsung Galaxy Note 20

Note 20 Ultra miliki paparan 6.9” Dyamic AMOLED 2X yang ada refresh rate setinggi 120Hz manakala Note 20 biasa sebesar 6.7” dengan refresh rate 60Hz.



5 peranti baru Samsung akan muncul di acara Unpacked 2020 minggu hadapan

Galaxy Buds Air adalah satu produk yang unik. Ia miliki rekaan yang pertama seumpamanya dalam keluarga Galaxy Buds. Bentuknya seakan kacang dan bukan lagi rupa biasa yang boleh anda temui pada Galaxu Buds dan Buds+.

Samsung Galaxy Buds Live (sumber)

Galaxy Watch 3 bakal tampilkan bingkai boleh putar seperti yang boleh anda temui pada Galaxy Watch 2 dan rupa parasnya tak banyak berubah daripada generasi sebelumnya. Jadi, jangkakan naik taraf komponen dalamnya.

Samsung Galaxy Tab S7 (sumber)

Tak banyak pengeluar yang berani keluarkan tablet masa ini. Tapi Samsung tetap ada wakil dalam segmen tablet. Dulu kita ada Tab S6 yang miliki SoC Snapdragon 855. Kali ini, anda mungkin terima Tab S7 yang diperkasa Snapdragon 865+.

Samsung Galaxy Z Fold 2 (sumber)

Yang terakhir adalah satu peranti boleh lipat yang tergolong dalam keluarga Galaxy Z Fold 2. Telefon ini pun dijangka miliki spesifikasi flagship dengan reka bentuk sama maca Galaxy Fold yang ada dalam pasaran sekarang.

Tags: samsungSamsung Unpacked
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Galaxy Unpacked 2020:  Cara untuk tonton siaran langsung di Malaysia

Galaxy Unpacked 2020: Cara untuk tonton siaran langsung di Malaysia

5 August 2020
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN