Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Moratorium PTPTN dilanjutkan sehingga Disember 2020

Datuk Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, dalam Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2020 memaklumkan bahawa pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melanjutkan tempoh penangguhan pembayaran balik pinjaman kepada 3 bulan lagi.

Ia menjadikan jumlah bulan penagguhan yang diberikan PTPTN kepada peminjamnya menjadi 9 bulan. Asalnya, pihak mereka mengumuman penangguhan selama 3 bulan bermula Mac hingga Jun sebelum ia dilanjutkan kepad 6 bulan apabila moratorium mega diumumkan pada 23 Mac 2020.

Langkah PTPTN ini akan memanfaatkan kira-kira 1.5 juta peminjang dengan nilai berjumlah RM750 juta. Itu adalah antara langkah PTPTN bagi meringankan beban peinjamnya.

Sleain itu, mereka juga sedang bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti Socso untuk membantu graduan mencari pekerjaan malah mereka ada khidmat penstrukturan semula pinjaman sehingga umur 60 tahun serta penangguhan bayaran sehingga 2 tahun.

BACA  Air mentah Selangor tercemar, jangkakan gangguan bekalan