Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Nearby Share, fungsi ala ‘Apple AirDrop’ akan tiba di peranti Android tidak lama lagi

Jika ada satu benda yang telefon Android jauh ketinggalan berbanding iPhone, ia adalah fungsi penghantaran data, Apple Airdrop. Google kini telah mengesahkan bahawa fungsi yang sama dan diberi nama Nearby Share, akan datang ke telefon Android tidak lama lagi.

Nearby Share akan boleh digunakan untuk peranti yang menjalankan sistem operasi Android 6 dan ke atas. Ia boleh digunakan untuk berkongsi pautan, fail, gambar dan banyak lagi dengan peranti Android berhampiran.

Fungsi Nearby Share kini telah tersedia di peranti Google Pixel dan Samsung yang terpilih. Pengguna tidak perlu menunggu naik taraf sistem operasi untuk menerima fungsi baru ini kerana, ia akan dihantar menerusi kemaskini Google Play Services. Cuma ini mungkin bermasalah untuk peranti tanpa GMS.

Cara menggunakan Nearby Share hampir serupa dengan Apple AirDrop, jika anda pernah menggunakannya. Pengguna boleh menetapkan tahap kesediaan menerima ke tahap berbeza untuk kenalan berlainan, seperti semua, sebahagian atau kekal terlindung sepanjang masa. Google juga menyatakan, perkongsian boleh dibuat secara tanpa nama.

Pengguna juga tidak perlu bersambung ke internet untuk berkongsi melalui Nearby Share. Ia akan memilih cara yang terbaik secara automatik untuk menghantar data, sama ada melalui Bluetooth, Bluetooth Low Energy, WebRTC atau WiFi Direct.

Buat masa ini, Nearby Share hanya boleh digunakan untuk perkongsian sesama peranti Android sahaja. Ia tidak boleh berfungsi bersama peranti iOS, Mac atau komputer Window. Bagaimanapun, Nearby Share akan boleh digunakan bersama laptop Chromebook tidak lama lagi. Untuk platform lain, masih belum boleh disahkan.

Apabila tersedia di peranti, pengguna akan boleh melihat ikon Nearby Share (dua tali berbelit) di bahagian tetapan pantas. Ia boleh dihidupkan dan dimatikan semudah satu ketik di situ.

BACA  Gambar terbocor iPhone 12 ada kamera berbeza dari iPhone 11

Sumber: The Verge, Google