Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Polis & SKMM serbu pejabat Al Jazeera, Astro dan UnifiTV

Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah membuat serbuan pejabat Al Jazeera, Astro dan UnifiTV semalam. Serbuan tersebut dibuat kerana menayangkan dokumentari kontroversi yang dihasilkan Al Jazeera, mengenai layanan Malaysia ke atas pendatang asing ketika penularan COVID-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata serbuan ke atas 3 premis itu dijalankan selepas pihak berkuasa mendapat waran geledah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan Sepang. Ia dilakukan dengan kerjasama SKMM yang turut menyiasat perkara tersebut.

Dalam serbuan tersebut, beberapa komputer telah dirampas dan ia akan dihantar ke SKMM untuk analisa lanjut. Beberapa saksi turut diambil keterangan bagi membantu siasatan dan hasilnya akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Al Jazeera telah menghasilkan dokumentari selama 25 minit berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown‘ dan menemuramah seorang warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir. Dalam temuramah itu, Rayhan mendakwa warga asing menerima layanan buruk daripada pihak berkuasa Malaysia ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.

Susulan itu, polis menyiasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi menyalahkan Al Jazeera kerana tidak memohon lesen Finas sebelum membuat penggambaran dan menyatakan semua bentuk rakaman video termasuk di media sosial perlu mendapat kebenaran Finas. Tidak lama kemudian beliau menjelaskan, kerajaan tidak akan melaksanakan kewajipan memohon lesen Finas untuk rakaman video di media sosial, selepas mendapat bantahan besar-besaran dari rakyat Malaysia.

Sumber: FMT
Gambar Pemuka: Reuters

BACA  Huawei Watch Fit & FreeLace Pro boleh didapati di Malaysia bermula 9 September 2020