Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Redmi Note 9 dengan storan 128GB juga turun harga

Selain dari Poco F2 Pro dipotong harga kekal sebanyak RM300, Xiaomi Malaysia turut menurunkan harga untuk telefon pintar kelas pertengahan, Redmi Note 9. Ia bukan untuk semua model, tetapi hanya untuk varian RAM 4GB dan storan 128GB.

Redmi Note 9 (4+128) yang dilancarkan dengan harga RM749 pada bulan Mei lepas, kini RM50 lebih murah. Harga terbarunya kini ialah RM699 sahaja. Varian termurah dengan RAM 3GB dan storan 64GB, masih kekal dengan harga RM649.

Melawat Stor Rasmi Xiaomi di Lazada mengesahkan harga-harga tersebut. Untuk varian 3+64, masih RM649 dan varian 4+128 sudah menjadi RM699.

Redmi Note 9 menampilkan skrin berukuran 6.53-inci HD Penuh, berlubang di sisi atas. Ia dikuasakan cip Mediatek Helio G85 yang dikatakan lebih berkuasa dari cip Snapdragon 665.

Terdapat 4 kamera di belakang iaitu kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Kamera hadapannya pula 13MP, terletak di dalam lubang di atas skrin.

Baterinya berkapasiti 5,020mAh tetapi dengan pengecasan pantas sehingga 18W sahaja melalui USB-C. Xiaomi memberikan kepala pengecas lebih berkuasa di dalam kotak, berkuasa 22.5W.

Redmi Note 9 di Malaysia datang dalam tiga warna untuk dipilih iaitu hijau, kelabu dan putih.

Sumber: Facebook

BACA  RM 388,888 hadiah untuk pembeli produk Xiaomi sempena Merdeka ke-63