• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Tukar skrin atau papan utama telefon lama Huawei dengan harga murah

  • OLEH Najib
  • 6:29 pm
  • 10/08/2020
  • Komen
PROMO: Tukar skrin atau papan utama telefon lama Huawei dengan harga murah
Share on FacebookShare on Twitter

Ada telefon Huawei yang sudah lama tapi ada kerosakan skrin, papan utama atau badan belakang? Jangan buang tetapi cuba baikinya sekarang. Huawei Malaysia kini menawarkan promosi baikpulih dengan harga sangat istimiewa.

Dari 12 Ogos sehingga 1 Oktober, pengguna telefon pintar lama Huawei boleh mengunjungi mana-mana pusat servis Huawei, untuk menukar perkakas di telefon pintar mereka pada harga lebih murah dari biasa. Harga yang ditawarkan ini termasuk harga barangan dan upah pembaikan. Tiada caj tambahan.



Penggantian skrin ditawarkan dari RM99, manakala penggantian badan belakang telefon dari RM69. Penggantian papan utama pula dari serendah RM159. Lebih menarik lagi, jika mengganti skrin atau papan utama, ia boleh digandingkan dengan penggantian badan belakang telefon dengan menambah RM9 sahaja.

Semua penggantian produk lama ini akan diberikan jaminan selama 90-hari. Jadi anda tidak perlu risau masalah yang sama akan timbul. Perkakas yang digunakan juga dijamin asli sepenuhnya.



Pelbagai telefon lama Huawei dan Honor dari siri P, siri Mate, siri Nova, siri Y termasuk tablet Matepad, disenaraikan dalam promosi kali ini. Anda boleh menyemak model yang terlibat serta harga penggantiannya di sini.

Harga mengganti skrin Nova 2i hanya RM99

Senarai pusat servis Huawei paling hampir dengan anda, boleh dirujuk di sini. Anda boleh menghubungi mereka terlebih dahulu untuk membuat temujanji serta menyemak kesediaan stok.

Untuk lain-lain model atau gantian perkakas selain skrin, papan utama atau badan belakang telefon, boleh rujuk semua harganya di sini.

Jaminan tambahan dan keretakan skrin

Untuk model baru Huawei, anda boleh membeli jaminan tambahan tahun kedua serta perlindungan keretakan skrin Huawei Care, bagi ketenangan minda dan hati menggunakannya sepanjang masa.

Ahli Huawei Members boleh menikmati diskaun 10% untuk pembelian jaminan keretakan skrin selama setahun, di Pusat Servis Huawei terpilih. Ia berharga RM248 untuk siri P40, siri P30 dan siri Mate 30. Bagi siri Nova dan siri Y pula berharga RM98.

Diskaun 10% turut diberikan untuk membeli jaminan tambahan tahun kedua. Bagi siri P40, siri P30 dan siri Mate 30, ia boleh dibeli pada harga RM149. Manakala siri Nova dan siri Y pula ditawarkan pada harga RM49.

Senarai pusat servis yang memberikan diskaun 10% untuk pembelian Huawei Care adalah seperti berikut:

  1. Huawei Service Centre Eco City Mall, KL
  2. Huawei Service Centre Pavillion, KL
  3. Huawei Service Service Centre Plaza Berjaya, KL
  4. Huawei Service Service Centre Sunway Pyramid, Selangor
  5. Huawei Service Service Centre Klang Parade, Selangor
  6. Huawei Service Service Centre Seremban, Negeri Sembilan
  7. Huawei Service Service Centre Taman Molek, Johor
  8. Huawei Service Service Centre Taman Flora Utama, Batu Pahat
  9. Huawei Service Service Centre Brown Road, Penang
  10. Huawei Service Service Centre Ixora Hotel, Penang
  11. Huawei Service Service Centre De Garden, Ipoh
  12. Huawei Service Service Centre Lorong Haji Ahmad, Kuantan
  13. Huawei Service Service Centre Aman Central, Alor Setar
  14. Huawei Service Service Centre Air Jernih, Terengganu
  15. Huawei Service Service Centre Kota Kinabalu, Sabah
  16. Huawei Service Service Centre Kuching, Sarawak
Tags: Huawei
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
PROMO: Tukar skrin atau papan utama telefon lama Huawei dengan harga murah

PROMO: Tukar skrin atau papan utama telefon lama Huawei dengan harga murah

10 August 2020
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER