Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Digi naik taraf kuota Pelan Perniagaan dengan tawaran kuota tanpa had pada waktu kerja

Bulan lepas, Digi telah mengumumkan naik taraf kuota untuk pelan pascabayar. Kini mereka mengumumkan pula naik taraf kuota untuk pelan perniagaan, Go Digi.

Semua pelan perniagaan ini akan menerima kuota tambahan 20GB dari sebelumnya tanpa sebarang caj tambahan. Ia akan berkuatkuasa pada kitaran bil pengguna yang akan datang.

Terdapat empat jenis pelan perniagaan Go Digi. Semua pelan ini memiliki kuota yang dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama ialah kuota kegunaan sepanjang masa dan kedua ialah kuota kegunaan waktu kerja sahaja, dihadkan pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Pelan Go Digi 78 kini memiliki kuota keseluruhan sebanyak 40GB, dipecahkan kepada 20GB kegunaan sepanjang masa dan 20GB kegunaan hari dan waktu kerja sahaja. Manakala pelan Go Digi 98, akan menerima kuota keseluruhan 60GB, dipecah dua kepada 30GB sepanjang masa dan 30GB waktu kerja.

Kedua-dua pelan ini diberikan panggilan ke talian domestik tanpa had dan SMS sebanyak 1,500. Ia juga ada pilihan untuk menambah perayauan data antarabangsa hanya RM10/bulan dan menambah panggilan IDD selama 150 minit dengan harga RM30/bulan.

Pelan Go Digi 128 kini ada kuota keseluruhan 80GB, dibahagikan kepada 40GB sepanjang masa dan 40GB waktu bekerja. Pelan Go Digi 168 pula diberikan 60GB kuota sepanjang masa, bersama kuota tanpa had untuk kegunaan waktu kerja.

Untuk pelan Go Digi 128 dan Go Digi 168, ia hadir bersama panggilan domestik dan Singapura tanpa had, serta SMS sebanyak 3,000. Ia juga menerima perayauan data antarabangsa ke 16 negara secara percuma, serta panggilan IDD sebanyak 300 minit percuma.

Pelan tambahan turut disediakan Digi pada kadar RM48/bulan. Pelan tambahan ini menerima kuota 20GB sepanjang masa, panggilan domestik tanpa had dan 300 SMS.

BACA  Harga Asus ROG Phone 3 akan diumum pada 5 September

Untuk mendaftar pelan perniagaan Digi ini, pengguna haruslah memiliki pendaftaran perniagaan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sah. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web Digi Business.