Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Akses tanpa had Snapchat percuma untuk semua pelanggan Celcom Xpax

Peminat Snapchat yang menggunakan Xpax kini boleh menikmati akses tanpa had kepada Snapchat selama 3 bulan. Ia ditawarkan kepada semua pelanggan baru dan sedia ada Xpax.

Tawaran akses tanpa had percuma selama 3 bulan ini perlu ditebus menerusi aplikasi Celcom Life. Ia boleh ditebus bermula hari ini sehingga 16 September 2020. Dengan ini, pengguna Snapchat boleh meluahkan perasaan diri dan berkongsi saat-saat indah bersama rakan dan keluarga, tanpa risau kehabisan data.

Celcom melancarkan tawaran ini bersempena Hari Belia Antarabangsa yang disambut pada 12 Ogos 2020. Ia diadakan dengan kerjasama Snapchat dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), untuk memberi akses dunia digital kepada belia di Malaysia dan menerapkan gaya hidup digital yang menyeronokkan.

Bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang akan disambut tidak lama lagi juga, pelanggan Xpax boleh memuat turun penapis Snapchat dan Lensa AR yang direka khas. Ia akan sedia digunakan tidak lama lagi.

Untuk masa terhad, Celcom turut menyediakan pek prabayar Xpax Snapchat Edisi Terhad. Pek prabayar ini hanya boleh didapati di Stor Online Celcom, berharga RM 10 sahaja. Pek prabayar ini memberikan 10GB data percuma untuk kegunaan Facebook, Instagram dan Games Walla, serta 1GB internet asas setiap bulan.

Untuk menikmati akses tanpa had untuk semua kegunaan, pengguna Xpax boleh melanggan pelan tanpa had mingguan RM12 atau bulanan RM35. Ia memberikan internet tanpa had kuota, tetapi dengan kelajuan disekat kepada 3Mbps.

BACA  Menangi iPhone 12 dan nikmati 88GB data hotspot percuma di Celcom Xpax sempena Tahun Baru Cina