Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PROMO: Diskaun hingga RM 800 untuk Mi 10 berkuasa Snapdragon 865 5G sempena ulangtahun ke 10

Xiaomi menyambut ulangtahun mereka ke-10 tahun ini. Mereka bermula dengan mencipta sistem operasi MIUI, sebelum melancarkan telefon pintar berasaskan Android yang pertama, Xiaomi Mi 1 pada tahun 2011.

Sempena menyambut ulangtahun ke-10 kali ini, Xiaomi Malaysia menyediakan satu tawaran istimewa buat rakyat Malaysia. Telefon pintar berkuasa tinggi Xiaomi yang terbaru, Mi 10 akan diberikan diskaun sehingga RM800 selama 5-hari, dari 17-21 Ogos 2020 di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada.

Harga Mi 10 selepas diskaun adalah seperti berikut:

  • Mi 10 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM 2,799 RM 1,999
  • Mi 10 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM 2,999 RM 2,499

Mi 10 telah dilancarkan di Malaysia pada bulan April lepas, bersama Mi 10 Pro yang lebih berkuasa. Ia adalah telefon yang dilengkapi sokongan 5G pertama dari Xiaomi di Malaysia. Mi 10 dikuasakan cip terbaik dari Qualcomm masa kini, Snapdragon 865 5G bersama RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS3.0.

Skrinnya berukuran 6.67-inci dari jenis AMOLED dengan resolusi HD Penuh, serta memiliki kadar penyegaran 90Hz. Kaca Corning Gorilla Glass 5 digunakan sebagai lapisan di atasnya dan pengimbas capjari terdapat di dalam skrin.

Terdapat empat kamera di belakang iaitu gandingan kamera utama 108MP dengan saiz sensor besar 1/1.33-inci. Kamera kedua ialah kamera ultra lebar 13MP F2.4, diikuti kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Tiada kamera telefoto. Bagi kamera hadapan, ia menggunakan kamera 20MP dan terletak di dalam lubang di bahagian atas skrin.

Bateri di Mi 10 berkapasiti 4,780mAh dan ia menyokong pengecasan pantas berwayar 30W bersama pengecasan wayarles 30W, serta mampu mengecas wayarles terbalik.

BACA  Spesifikasi Proton X50 terbongkar, tempahan bermula pada Hari Malaysia

Lain-lain perkara yang ada di Mi 10 adalah speaker stereo sebenar, pemancar infra merah, tiada sokongan kad memori mikroSD, juga tidak diiktiraf kalis air dan debu. Telefon ini menjalankan sistem operasi MIUI 11 berasaskan Android 10.

Jangan lupa berkunjung ke Stor Rasmi Xiaomi di Lazada minggu hadapan, untuk membeli Mi 10 dengan diskaun sehingga RM800.

Selamat Ulangtahun ke-10 Xiaomi.