Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Mi 10 dan Mi 10 Pro tiba: Maklumat penjualannya di Malaysia

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan siri Mi 10 di Malaysia. Tiada pelancaran atas talian dibuat, hanya pengumuman menerusi media sosial. Hanya dua model Mi 10 yang akan dijual di Malaysia dalam pengumuman hari ini iaitu Mi 10 dan Mi 10 Pro. Tiada Mi 10 Lite.

Ia juga adalah telefon pintar pertama dilengkapi 5G yang dijual Xiaomi di Malaysia. Tetapi dengan begitu banyak naik taraf, harganya juga melambung tinggi berbanding Mi 9. Harga Mi 10 lebih rendah dari anggaran awal kami apabila dibandingkan dengan harga di Eropah, tetapi mengejutkan harga untuk Mi 10 Pro lebih tinggi dari jangkaan.

Harga jualan Mi 10 dan Mi 10 Pro di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Mi 10 Pro (8GB+256GB) – RM3,899
  • Mi 10 (8GB+256GB) – RM2,999
  • Mi 10 (8GB+128GB) – RM2,799

Mi 10 Pro akan ditawarkan dalam dua warna iaitu putih dan kelabu, manakala Mi 10 ada dalam dua warna iaitu kelabu dan hijau.

Siri Mi 10 akan mula dijual di Malaysia pada 1 Mei 2020, di Stor Xiaomi Lazada serta di kedai fizikal Mi Store di seluruh Malaysia, jika PKP tamat. Tetapi Xiaomi kini menawarkan hadiah percuma untuk tempahan awal, yang dibuat antara 22 hingga 30 April 2020.

Tempahan awal ini boleh dibuat menerusi Stor Xiaomi di Lazada. Untuk tempahan awal Mi 10 Pro, pembeli akan menerima hadiah percuma berupa fon kepala Mi True Wireless bernilai RM329. Bagi tempahan awal Mi 10 pula, akan menerima Mi Smart Band 4 bernilai RM149.

Mi 10 Pro

Telefon paling berkuasa masakini dari Xiaomi ini dikuasakan cip Snapdragon 865 5G, bersama RAM LPDDR5 sebanyak 8GB dan storan dalaman UFS3.0 seluas 256GB. Sistem penyejukan cecair digunakan untuk memastikan pengaliran haba yang lebih efisyen. Telefon ini menyokong rangkaian 5G serta WiFi 6 untuk penghantaran data yang lebih pantas.

BACA  PKPB: Peniaga kedai runcit dikompaun RM 10,000, jual topeng muka lebih harga siling

Skrinnya berukuran 6.67-inci dari jenis AMOLED HD Penuh, kali ini ditingkatkan dengan refresh rate 90Hz dan touch sampling rate 180Hz bagi memberikan pengalaman bermain game yang lebih baik. Kaca Corning Gorilla Glass 5 digunakan sebagai lapisan di atasnya. Pengimbas capjari pula terdapat di dalam skrin.

Keupayaan kamera di Mi 10 Pro mirip dengan Mi Note 10 tetapi diberi peningkatan. Di belakang, ia memiliki kamera utama 108MP dengan saiz sensor besar 1/1.33-inci. Kamera kedua ialah kamera ultra lebar 20MP, diikuti kamera ketiga telefoto potret 12MP dan kamera keempat juga telefoto, tetapi 8MP dengan keupayaan zum hibrid 10x. Bagi kamera hadapan, ia menggunakan kamera 20MP dan terletak di dalam lubang di bahagian atas skrin.

Bateri di dalam Mi 10 Pro sebesar 4,500mAh dan ia menyokong pengecasan pantas berwayar 50W, pengecasan pantas wayarles 30W serta pengecasan wayarles terbalik. Lebih menarik lagi, Xiaomi memberikan kepala pengecas pantas 65W, yang boleh juga digunakan untuk mengecas laptop yang menggunakan pengecas USB-C.

Lain-lain perkara yang perlu diketahui tentang Mi 10 Pro ialah ia memiliki speaker stereo sebenar, ada pemancar infra merah, tiada sokongan kad memori mikroSD, juga tidak diiktiraf kalis air dan debu. Telefon ini menjalankan sistem operasi MIUI 11 berasaskan Android 10.

Mi 10

Telefon ini juga berkuasa tinggi dengan persamaan dengan Mi 10 Pro di bahagian CPU, RAM, storan, sistem penyejukan cecair, sokongan 5G, WiFi 6 dan jenis skrin. Perbezaan terbesarnya adalah pada kamera, bateri dan pengecasan.

Mi 10 memiliki 4 kamera belakang iaitu kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 13MP tetapi tiada kamera telefoto. Ia digantikan dengan kamera pengesan kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP, perbezaan yang sangat jauh dari Mi 10 Pro. Tetapi kamera hadapannya sama, 20MP di dalam lubang di skrin atas.

BACA  BPN: Gagal rayuan kali pertama, boleh kemukakan rayuan kedua sehingga 31 Mei

Bateri di Mi 10 lebih besar, berkapasiti 4,780mAh tetapi menyokong pengecasan pantas berwayar 30W sahaja. Pengecasan wayarlesnya sama, berkuasa 30W serta mampu mengecas wayarles terbalik. Kepala pengecas yang diberikan pula berkuasa 30W.

Lain-lain perkara di Mi 10 adalah ia memiliki speaker stereo sebenar, ada pemancar infra merah, tiada sokongan kad memori mikroSD, juga tidak diiktiraf kalis air dan debu. Telefon ini menjalankan sistem operasi MIUI 11 berasaskan Android 10.

Sumber: Xiaomi