Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Hanya dua model Mi 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 22 April

Minggu lepas, Xiaomi Malaysia telah memuat naik poster mengatakan sesuatu yang besar akan datang pada 22 April. Maksud tersirat dari poster itu memberi maksud, Mi 10 5G akan dilancarkan di Malaysia.

Kini Xiaomi Malaysia menjelaskan lagi, hanya dua model Mi 10 yang akan dilancarkan pada 22 April. Dua model tersebut ialah Mi 10 dan Mi 10 Pro. Mi 10 Lite tidak disebut, bermakna ia tidak akan turut serta dalam pelancaran pada 22 April nanti.

Dengan ketiadaan Mi 10 Lite, ia turut memberi maksud kita tidak akan dapat melihat peranti 5G murah di bawah RM2,000 mula dijual di Malaysia. Lebih parah lagi, harga peranti 5G pertama Xiaomi ini mungkin akan melebihi paras RM3,000!

Ini kerana Mi 10 dan Mi 10 Pro telah dijual di Eropah pada harga berikut:

  • Mi 10 Pro (8GB+256GB) – EUR999 (~RM4,347)
  • Mi 10 (8GB+256GB) – EUR899 (~RM3,912)
  • Mi 10 (8GB+128GB) – EUR799 (~RM3,476)

Untuk perbandingan, kita lihat harga Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro yang telah dijual di Eropah dan di Malaysia:

Eropah
– Mi Note 10 (6GB+128GB) – EUR549 (~RM2,605)
– Mi Note 10 Pro (8GB+256GB) – EUR649 (~RM3,079)

Malaysia
– Mi Note 10 (6GB+128GB) – RM2,099
– Mi Note 10 Pro (8GB+256GB) – RM2,499

Dari atas kita dapat lihat, perbezaan harga melebihi RM500 antara harga rasmi Eropah dan Malaysia. Jika kita terjemahkan untuk Mi 10 dan Mi 10 Pro, anggaran harga di Malaysia mungkin sekitar ini:

  • Mi 10 Pro (8GB+256GB) – RM3,849
  • Mi 10 (8GB+256GB) – RM3,399
  • Mi 10 (8GB+128GB) – RM2,999

Apakah benar anggaran harga kami ini? Kita nantikan pengumuman Xiaomi pada 22 April nanti. Mungkin inilah harganya jika kita mahu nikmati 5G walaupun dengan peranti Xiaomi yang sering menjadi tanda aras peranti bajet.

BACA  Internet tanpa had penerbangan AirAsia boleh dilanggan pada harga RM48

Mi 10 dan Mi 10 Pro adalah telefon pintar kelas flagship yang dikuasakan cip terbaru Qualcomm Snapdragon 865 bersama sokongan 5G. Ia memiliki 4 kamera belakang bersama kamera utama 108MP, serta menggunakan skrin 6.67-inci 90Hz.

Kenali lebih lanjut mengenai Mi 10 dan Mi 10 Pro menerusi artikel kami di bawah ini.

Sumber: Xiaomi