• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pandu uji Samsung Galaxy Note 20 Ultra di pintu rumah

  • OLEH Najib
  • 1:12 pm
  • 15/08/2020
  • Komen
Pandu uji Samsung Galaxy Note 20 Ultra di pintu rumah
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Galaxy Note 20 yang telah dilancarkan minggu lepas, kini dalam proses tempahan awal di Malaysia sehingga 20 Ogos 2020. Jualan pertamanya akan bermula pada 21 Ogos 2020.

Untuk mengenali peranti terbaru Samsung ini dengan lebih dekat, sudah pasti memegang dan mencubanya sendiri adalah cara yang terbaik. Di Singapura, Samsung telah mengadakan satu inisiatif menarik untuk mendekati bakal pembeli Galaxy Note 20. Dengan membawa kit Galaxy Test Drive ke pintu rumah mereka.



Dari 6 Ogos hingga 6 September 2020, peminat Galaxy Note 20 di Singapura boleh memohon untuk menyertai program Galaxy Test Drive. Pemohon yang berjaya, akan diberi masa selama 15 minit untuk meneliti dan menguji sendiri telefon pintar Galaxy Note 20 Ultra di rumah mereka. Pihak Samsung sendiri akan membawa kit Galaxy Test Drive ke depan pintu rumah pemohon.

Di dalam kit Galaxy Test Drive tersebut terdapat:



  • 1 unit Galaxy Note 20 Ultra
  • Sehingga 5 unit boneka Galaxy Note 20 Ultra
  • 1 unit casing
  • 1 unit boneka Galaxy Buds+
  • 1 unit boneka GGalaxy Buds+ live
  • 1 unit UV Steriliser
  • 1 unit casing LED View Cover

Untuk keselamatan, kit Galaxy Test Drive akan dinyahkuman selepas tamat setiap sesi. Semua petugas penghantaran juga perlu memakai topeng muka sepanjang masa dan suhu badan mereka diperiksa. Petugas penghantaran ini bukanlah pakar produk, tetapi Samsung ada menawarkan pembantu maya Samsung vPromoter untuk menjawab sebarang persoalan berkenaan produk dari jauh.

Permohonan untuk menyertai program ini adalah percuma. Jika anda di Singapura, anda boleh memohon di laman web Samsung Galaxy Test Drive.

Cara ini adalah langkah bijak dari Samsung untuk mempromosikan peranti pintar terbaru mereka, di samping menjaga penjarakan fizikal peminat dan bakal pemilik Galaxy Note 20.

Di Singapura, Galaxy Note 20 LTE dijual pada harga SGD 1,398 (~RM 4,276) manakala versi 5G pula berharga SGD 1,548 (~RM 4,736). Bagi versi tertinggi Galaxy Note 20 Ultra, ia berharga SGD 1,898 (~RM 5,806). Tempahan awal di Singapura turut menerima hadiah percuma sama seperti Malaysia, berupa Galaxy Buds Live untuk Note 20 Ultra, dan Galaxy Buds+ untuk Note 20.

Sumber: Samsung

Tags: samsungsamsung galaxy note 20
Najib

Najib

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?

1 Julai 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER