• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Langgan Celcom Internet Go untuk sidang video tanpa had dan beli tablet 4G hanya RM360

  • OLEH Najib
  • 11:58 am
  • 19/08/2020
  • Komen
Langgan Celcom Internet Go untuk sidang video tanpa had dan beli tablet 4G hanya RM360
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom baru-baru ini telah memperkenalkan pelan yang menawarkan akses tanpa had berkelajuan tinggi untuk persidangan video. Jika anda memerlukan peranti, Celcom juga menyediakan pelan ini bersama tambahan tablet LTE 8-inci pada harga RM360 sahaja.

Pelan pascabayar Celcom Internet Go boleh dilanggan pada kadar RM45/bulan dan ia adalah pelan data sahaja. Pelan ini tidak menyediakan perkhidmatan panggilan tetapi membenarkan penggunaan SMS pada kadar 20sen setiap satu.



Kelebihan pelan ini ialah ia memberikan internet tanpa had untuk aplikasi Zoom,, Microsoft Teams, Google Meet dan Webex Meetings. Untuk penggunaan lain, ia diambil dari kuota 15GB berkelajuan tingi yang diberikan setiap bulan.

Jika kehabisan kuota, internet masih boleh digunakan tetapi kelajuan disekat kepada 64kbps. Kalau perlu, anda boleh membeli data berkelajuan tinggi tambahan dari RM20 untuk 5GB, sehingga RM80 untuk 25GB.



Selain itu, Celcom juga menawarkan data tambahan seperti Video Walla, Music Walla dan Games Walla dalam bentuk harian, mingguan dan bulanan. Perayauan data antarabangsa Celcom Passport juga boleh dilanggan bersama pelan ini.

Tablet berharga RM360

Jika anda memerlukan peranti untuk persidangan video, Celcom menawarkan tablet Samsung Galaxy Tab A 8 2019 pada harga RM360 bersama kontrak selama 12 bulan. Bagusnya tawaran ini ialah, ia tidak memerlukan sebarang deposit di Stor Online Celcom. Tablet ini hanya terdapat dalam warna hitam dan ia memiliki storan dalaman 32GB sahaja.

Galaxy Tab A 8 2019 diperkenalkan tahun lepas sebagai tablet mampu milik dengan keupayaan LTE. Ia ada skrin TFT 8.0-inci dengan resolusi HD 720p. Kuasa pemprosesnya digerakkan oleh cip Qualcomm yang tidak diberitahu, dijangka ialah Snapdpragon 429 bersama RAM 2GB. Storannya boleh diperluas kerana ia menerima kad mikroSD. Bateri di dalam sebesar 5,100mAh dan ia mengecas melalui port mikroUSB.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Celcom Internet Go. https://www.celcom.com.my/personal/postpaid#internetgo

Tags: celcomCelcom internet Gosamsung galaxy tab a 8 2019
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Langgan Celcom Internet Go untuk sidang video tanpa had dan beli tablet 4G hanya RM360

Langgan Celcom Internet Go untuk sidang video tanpa had dan beli tablet 4G hanya RM360

19 August 2020
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN