• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun, hadiah percuma dan pulangan tunai 100% di pembukaan Pusat Jualan dan Servis Oppo, IOI City Mall

  • OLEH Najib
  • 7:32 pm
  • 19/08/2020
  • Komen
Diskaun, hadiah percuma dan pulangan tunai 100% di pembukaan Pusat Jualan dan Servis Oppo, IOI City Mall
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia akan membuka Pusat Jualan dan Servis baru di IOI City Mall, pada hari Sabtu ini, 22 Ogos 2020. Ia untuk memudahkan penduduk di sekitar mencuba sendiri pelbagai produk Oppo di samping menghantar peranti Oppo mereka untuk diservis.

Pusat Jualan dan Servis tersebut terletak di Lot 65 & 66, tingkat 2 bangunan tersebut. Bersama pembukaannya, Oppo akan turut mengadakan promosi khas untuk peminat. Pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM1,350 seperti kad Starbucks, baucar KFC dan diskaun peranti Oppo.



Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan hadiah percuma dengan pembelian produk terpilih Oppo di sana, dari 22-23 Ogos 2020. Untuk pembelian telefon pintar siri A, pembeli akan menerima jamminan tambahan tahun kedua dan termos pintar, bernilai RM198. Pembelian telefon pintar siri Reno pula, akan menerima hadiah bernilai RM347 iaitu jaminan tambahan tahun kedua, termos pintar dan beg Reno. Telefon pintar siri Find pula akan menerima jaminan tambahan tahun kedua, termos pintar dan fon kepala Enco Q1, semuanya bernilai RM497.

Oppo juga menyediakan hadiah percuma menerusi cabutan bertuah masa terhad pada hari pelancaran, 22 Ogos 2020. Dari pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang, pembeli berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa pulangan tunai 100%. Hadiah lain yang disediakan adalah fon telinga MH320, powerbank, baucar diskaun dan kabel USB.



Pada waktu yang sama dengan cabutan bertuah, Oppo akan turut menawarkan telefon pintar Reno2 dengan diskaun sebanyak RM 700, pada harga RM 1,299 sahaja. Selain itu, pembeli Reno2 juga boleh mendapatkan fon kepala Enco W31 dan powerbank 10,000mAh bernilai RM 398, dengan menambah bayaran RM 2 sahaja.

Jika anda berdekatan dengan IOI City Mall, jangan lupa singgah ke Pusat Jualan dan Servis Oppo yang baru di sana pada 22 Ogos 2020. Mana tau boleh pulang dengan telefon baru dan hadiah nanti.

Tags: oppo
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Diskaun, hadiah percuma dan pulangan tunai 100% di pembukaan Pusat Jualan dan Servis Oppo, IOI City Mall

Diskaun, hadiah percuma dan pulangan tunai 100% di pembukaan Pusat Jualan dan Servis Oppo, IOI City Mall

19 August 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN