• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Malaysia umum Xperia 1 II akan datang ke Malaysia lama lagi

  • OLEH Najib
  • 1:56 pm
  • 28/08/2020
  • Komen
Sony Malaysia umum Xperia 1 II akan datang ke Malaysia lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti sudah menjadi norma baharu buat Sony Malaysia, apabila membuat pengumuman 3-4 bulan lebih awal untuk produk baru mereka di jual di Malaysia. Hari ini, mereka mengumumkan kedatangan telefon pintar flagship terbaru, Sony Xperia 1 II (dibaca: Sony Xperia One Mark Two).

Sony Xperia 1 II akan mula dijual di Malaysia pada bulan November 2020, sekitar 3 bulan dari sekarang. Terdapat tiga warna akan disediakan iaitu hitam, ungu dan putih. Buat masa ini, Sony mengadakan kajiselidik untuk mengetahui minat pengguna di Malaysia.



Harga jualan Sony Xperia 1 II di Malaysia masih tidak diketahui. Di Amerika Syarikat, telefon ini dijual pada harga USD 1,199 (~RM5,005). Tetapi dijangka harganya akan lebih murah di Malaysia. Untuk perbandingan, Xperia 1 generasi pertama dilancarkan di Malaysia tahun lepas, pada harga RM4,299 dan ia datang percuma bersama fon kepala Sony WH-1000XM3.

Perkara menarik di Xperia 1 II selain spesifikasi berkuasa tinggi, ia mengekalkan banyak fungsi lama yang hampir pupus di peranti flagship masa kini. Antaranya ialah jek audio 3.5mm dan slot kad mikroSD.



Telefon ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 865 5G, bersama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 1TB. Telefon ini juga kalis air dan debu IP68.

Skrinnya berukuran 6.5-inci dari jenis OLED, dengan resolusi 4K. Tiada takuk dan lubang pada skrin kerana ia meletakkan kamera di bahagian bingkai atas. Pembesar suara stereo yang menembak bunyi terus ke muka terletak di bahagian atas dan bawah skrin.

Terdapat tiga kamera belakang di telefon ini, gandingan kamera utama 12MP F1.7 menggunakan sensor Exmor RS sebesar 1/1.7-inci, kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 12MP F2.4 dengan keupayaan 3x zum optikal. Kehebatan kamera ini ditambah dengan penggunaan kaca Zeiss Optic bersama selaput Zeiss T*. Kamera hadapannya pula, 8MP F2.0.

Sony menyatakan kamera di Xperia 1 II mewarisi banyak teknologi canggih dari kamera Sony Alpha. Kamera ini boleh merakam gambar berterusan sehingga 20fps, serta mampu membuat pengiraan auto fokus dan pendedahan sehingga 60 kali sesaat. Ia juga memiliki teknologi Eye Auto Focus masa nyata.

Selain penstabil imej optikal dan elektronik (OIS+EIS), teknologi penstabil imej SteadyShot memastikan rakaman yang lebih stabil sepanjang masa. Rakaman video sehingga 4K HDR 60fps turut mampu dilakukan.

Bateri di dalam Xperia 1 II sebesar 4,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas USB-PD melalui USB-C. Selain itu, ia turut menyokong pengecasan wayarles.

Semak maklumat lanjut tentang telefon ini di laman produk Sony Xperia 1 II.

Tags: SonySony Xperia 1 II
Najib

Najib

POPULAR

Sony Malaysia umum Xperia 1 II akan datang ke Malaysia lama lagi

Sony Malaysia umum Xperia 1 II akan datang ke Malaysia lama lagi

28 August 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN