• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia mahu bangunkan Super App saingi Grab, Gojek, Wechat

  • OLEH Najib
  • 12:15 pm
  • 02/09/2020
  • Komen
Tony Fernandes menutup akaun Facebook dan bertumpu di Twitter
Share on FacebookShare on Twitter

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes baru-baru ini telah memberitahu stesen berita BBC, bahawa beliau dan pasukannya sedang membangunkan aplikasi semua dalam satu atau lebih dikenali sebagai Super App untuk rantau ini. Beliau dilaporkan mahu menyaingi penyedia perkhidmatan sedia ada sepeti Grab, Gojek dan Wechat yang memiliki satu aplikasi untuk penghantaran makanan, membeli-belah, pembayaran digital, hiburan dan pelancongan.

AirAsia kini sedang bergelut dalam kemelut wabak COVID-19 akibat sekatan pergerakan untuk penerbangan dan pelancongan di seluruh dunia. Syarikat ini baru sahaja memberhentikan 30% dari tenaga kerjanya dan mencatat kerugian sebanyak RM 992 juta untuk suku kedua 2020. Pendapatan kumpulan turut menjunam sebanyak 96%, dari RM 2.92 bilion kepada RM 118.96 juta.



Tony menjelaskan, di waktu ini mereka telah menggunakan masa yang ada untuk menaik taraf aplikasi AirAsia dan BigPay. Beliau menyifatkan bahawa pandemik ini merupakan satu hikmah buat mereka kerana dapat memberi lebih fokus kepada perniagaan digital.

Syarikat juga telah melakukan banyak perkara lain untuk menjana pendapatan. Antaranya dengan meluaskan perniagaan platform e-dagang mereka, Ourshop serta bekerjasama dengan Agoda untuk tawaran hotel di Snap.



Menurut Tony, AirAsia sentiasa menjadi syarikat digital dan mereka adalah antara syarikat penerbangan pertama yang menjual tiket dalam talian. AirAsia dilaporkan memiliki pengkalan data yang sangat luas, melebihi 60 juta pengguna.

Beliau menambah, Super App kedengaran seperti cita-cita yang sangat tinggi, tetapi Grab dan Gojek juga bermula dari kecil sebagai aplikasi penghantar makanan dan pengangkutan. Malah, ramai yang mempersoalkan perkara yang sama ketika beliau memulakan AirAsia dahulu.

Tiada tarikh dan masa ditetapkan untuk pelancaran Super App AirAsia . Sebelum itu, pelbagai perkhidmatan dan produk mereka perlu digabungkan yang menggunakan aplikasi berlainan. Selain penerbangan dan hotel, mereka turut memiliki BigPay yang menawarkan kad prabayar Mastercard dengan fungsi seperti eWallet, penyedia talian mudah alih TuneTalk, insuran TuneProtect, kedai makan Santan dan perkhidmatan penghantaran Teleport.

Sumber: Malay Mail, BBC

Tags: AirAsiaTony Fernandes
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Tony Fernandes menutup akaun Facebook dan bertumpu di Twitter

AirAsia mahu bangunkan Super App saingi Grab, Gojek, Wechat

2 September 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN