• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini benda yang perlu anda tahu tentang CPU Intel Core Generasi ke-11

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:07 am
  • 03/09/2020
  • Komen
Ini benda yang perlu anda tahu tentang CPU Intel Core Generasi ke-11
Share on FacebookShare on Twitter

Intel telah adakan livestream untuk mengumumkan beberapa perkara. Antara yang dikongsikan kepada dunia adalah:

  • Pengenalan SoC Intel Core generasi ke-11 berasaskan senibina Tiger Lake & Penggunaan tatacara penamaan baru untuk SoC mereka
  • Perubahan jenama GPU Intel Iris kepada Iris Xe
  • Pengenalan logo baru Intel
  • Pengenalan terhadal piawiaan laptop Intel Evo

SoC Intel Core Tiger Lake Generasi ke-11

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Intel memperkenalkan 9 SoC dalam pelbagai konfigurasi yang terbahagi kepada dua kategori iaitu UP3 dan UP4, bergantung kepada jenis laptop yang akan dijalankannya.



Kategori UP3

SoC dalam kategori ini miliki kadar kerja 12 hingga 28W dan ia adalah sekuel kepada siri Intel U yang banyak anda temui pada laptop jimat bateri konvesional pada harga RM1500 hingga RM3000.

Ada 5 SKU dalam kelas UP3, ada yang hadir dalam konfigurasi 4 teras 8 threads dan 2 teras 4 threads. Clockspeed asas mereka agak tinggi, bermula dengan 2.0Ghz hingga 4.8Ghz.



Bahagian GPU juga miliki clockspeed yang tinggi bermula dengan 1.25Ghz hingga 1.35Ghz. Pengeluar komputer boleh gunakan modul DDR4 ataupun LPDDR4X untuk menguasakan produk masing-masing.

Kategori UP4

Kelas UP4 merujuk pada SoC yang memiliki kadar kerja antara 7 hingga 15W dan produk yang gunakan cip ini adalah yang jenis ultraportable dan laptop kegunaan kasual dengan hayat guna melebihi 9 jam.

SoC ini Cuma sokonga LPDDR4X dengan clockspeed CPU dan GPU tidak melebihi 1.2Ghz. Walau bagaimanapun, semua ahli generasi ke-11 kali ini menyokong piawian PCIe 4.0 yang lebih pantas.

Maklumat yang hilang

Kepingan puzzle yang masih tiada adalah bahagian SoC untuk laptop berkuasa tinggi iaitu yang ada TDP 45W hingga 65W. Semestinya Intel mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menayangkan semuanya di khalayak ramai dan memberikan pesaingnya masa untuk menggodek produk masing-masing.

Intel Iris Xe

Intel Iris adalah GPU internal pada SoC Intel selama ini, ia macam GPU Vega atas SoC AMD Ryzen. Intel mengumumkan perubahan nama dan logo dalam pembentangan tersebut.

Daripada segi prestasi, Iris Xe dilaporkan mengatasi GPU terbina pada SoC AMD dan lebih banyak permainan boleh dimainkan pada kadar fps melebihi 100 hanya gunakan kad grafik terbina.

Intel Evo

Ini adalah hasil Project Athena yang mereka gerakkan dulu. Ia bukanlah produk tetapi lebih kepada piawiaan,s eperti SIRIM, Thunderbolt 3, dan sebagainya.

Laptop yang ingin menerima cap Intel Evo perlulah memenuhi kriteria ketat Intel seperti:

  • Diperkasa Intel Core Gen-11
  • Hayat bateri lebih 9 jam pada resolusi FHD
  • Kalajuan boot-up kurang daripada 1 saat
  • Ada pengecasan pantas i.e guna 4 jam selepas cas 30 minit
  • Ketersambungan yang terbaik i.e Wi-Fi 6 dan Thunderbolt 4

Sumber

Tags: cpuGPUInteltiger lake
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini benda yang perlu anda tahu tentang CPU Intel Core Generasi ke-11

Ini benda yang perlu anda tahu tentang CPU Intel Core Generasi ke-11

3 September 2020
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN