Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Telefon terbaik Xiaomi kini ada dijual di Malaysia

Xiaomi telah melancarkan telefon pintar Mi 10 Ultra di China, pada awal bulan Ogos lepas. Ia masih belum dilancarkan di pentas antarabangsa, tetapi kini set import dari China telah mula dijual di Malaysia.

Telefon flagship terbaru Xiaomi ini memiliki skrin 120Hz, kamera dengan zoom Ultra 120x serta pengecasan pantas 120W. Salah satu penjual peranti terkemuka di Lembah Klang, Mobile 2 Go kini membawakan set import dari China untuk dijual di China. Mereka memberikan jaminan sendiri selama 2-tahun untuk set import ini.

Varian dan harga jualan set import Mi 10 Ultra di Mobile 2 Go adalah seperti berikut:

  • Mi 10 Ultra (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM3,799
  • Mi 10 Ultra (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM4,299

Buat masa ini, hanya warna hitam ditawarkan di Mobile 2 Go. Varian terbaik dengan RAM 16GB dan storan 512GB juga tidak ditawarkan. Jika berminat, boleh lawati mana-mana cawangan Mobile 2 Go atau pergi ke Stor Online G Store di Lazada.

Buat yang belum kenal, Mi 10 Ultra dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 865 bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Ia memiliki skrin OLED berukuran 6.67-inci HD penuh dengan kadar penyegaran 120Hz. Telefon ini turut menggunakan sistem penyejukan LiquidCool 2.0 paip haba yang meggabungkan 6-lapisan graphite dan graphene.

Telefon ini memiliki kamera yang terbaik, dinobat oleh DxOMark. Kamera belakangnya menggandingkan kamera utama 48MP dengan sensor bersaiz besar, 1/1.32-inci bersama OIS dan EIS. Di samping itu, ia memiliki kamera ultra lebar 20MP, kamera potret 12MP dengan zum optikal 2x, serta kamera telefoto periskop 48MP yang berkeupayaan zum optikal 10x dan zum digital 120x, bersama OIS.

BACA  Qualcomm jemput tonton pelancaran Snapdragon 875 Disember 2020 ini

Bateri di dalamnya berkapasiti 4,500mAh dalam rekaan dwi-bateri. Sebab itu, ia menyokong pengecasan pantas 120W yang boleh mengecas penuh dalam masa 23 minit sahaja. Ia turut menyokong pengecasan wayarles pantas 50W, boleh mengecas penuh dalam masa 40 minit sahaja.

Sumber: Mobile 2 Go