Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Poco X3 telefon gaming yang lebih menarik dari Poco F2 Pro

Poco malam ni telah mengadakan acara pelancaran Poco X3 NFC untuk pasaran antarabangsa. Bermakna, telefon pintar ini tidak terhad untuk pasaran China atau India sahaja, tetapi akan dijual di lebih banyak negara, termasuk di Malaysia. Dan Malaysia terpilih sebagai gelombang pertama jualan Poco X3 NFC.

Malah, harga jualan Poco X3 telah diumumkan pada majlis pelancaran ini. Ia akan dijual dengan harga bermula di bawah RM 1,000! Harga rasmi Poco X3 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Poco X3 (RAM 6GB + Storan 64GB) – RM 899
  • Poco X3 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM 1,099

Diskaun dan Hadiah Percuma di hari pertama

Tetapi untuk jualan hari pertama di Malaysia, pembelian Poco X3 akan turut menerima diskaun serta hadiah percuma. Poco X3 akan dijual buat pertama kali pada 9 September 2020, secara ekslusif di Stor Xiaomi Global di Shopee.

Pada 9 & 10 September 2020 di Shopee, Poco X3 64GB akan dijual pada harga RM 799 sahaja, dengan hadiah percuma berupa lapik tetikus Poco dan kipas penyejuk Black Shark Fun Cooler (bernilai RM 139). Poco X3 128GB pula dijual pada harga RM 949, bersama hadiah percuma pouch digital Poco dan kipas penyejuk Black Shark Fun Cooler Pro (bernilai RM 199).

  • Poco X3 64GB – RM 899 RM 799 Percuma lapik tetikus Poco + Black Shark Fun Cooler
  • Poco X3 128GB – RM 1,099 RM 949 Percuma pouch digital Poco + Black Shark Fun Cooler Pro

Terdapat dua warna disediakan untuk Poco X3 iaitu kelabu dan biru. Telefon ini menampilkan garisan seperti kereta lumba di belakang, bersama perkataan Poco yang sangat besar.

BACA  5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia (September 2020)

Poco X3 telefon gaming yang lebih menarik?

Penulis merasakan Poco X3 telefon gaming yang lebih menarik dari Poco F2 Pro kerana dua perkara: skrin 120Hz dan speaker stereo. Ini boleh memberikan pengalaman bermain game yang lebih menyeronokkan berbanding skrin Super AMOLED 60Hz di Poco F2 Pro, yang turut memiliki speaker mono sahaja.

Prestasi di Poco X3 adalah di kelas pertengahan, agak jauh ketinggalan berbanding Poo F2 Pro. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 732G, bersama RAM LPDDR4x sebesar 6GB dan storan UFS 2.1 sehingga 128GB. Ia turut memiliki slot kad SIM hibrid, sedia menerima kad mikroSD sehingga 256GB. Sistem penyejukan LiquidCool 1.0 Plus di dalamnya kini hadir dengan paip haba lebih besar, bersama pelbagai lapisan graphite untuk penyebaran haba lebih efektif.

Skrin 120Hz di Poco X3 dari jenis LCD, memiliki kadar sentuhan setinggi 240hz dan diiktiraf Widevine L1. Skrin ini dilengkapi teknologi DynamicSwitch, membolehkan kadar penyegaran turun sehingga 50hz untuk paparan statik, dan naik ke 120Hz apabila bermain game yang menyokongnya. Cara ini boleh menjimatkan penggunaan bateri. Pengimbas capjari terletak di sisi telefon, digabungkan dengan butang kuasa.

Bateri di dalam Poco X3 lebih besar dari biasa, memiliki kapasiti 5,160mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C, boleh mengecas dari 0% ke 100% dalam masa 65 minit sahaja. Jek audio 3.5mm turut tersedia untuk menghubungkan fon kepala berwayar ke telefon.

Bahagian kamera agak biasa untuk Poco X3, sesuai dengan kategorinya di kelas pertengahan. Ia memiliki empat kamera belakang, menggabungkan kamera utama 64MP F1.89 dari sensor Sony IMX682, kamera ultra lebar 13MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4. Kamera ini boleh merakam video sehingga 4K 30fps. Di hadapan pula, Poco memasang kamera 20MP F2.2 di dalam lubang di bahagian atas skrin.

BACA  Ini adalah 4 promo menarik dan 4 produk baru Xiaomi yang masuki Malaysia

Sistem operasi Android 10 berasaskan antaramuka MIUI 12 serta Poco Launcher 2, digunakan pada Poco X3. Poco menjanjikan kemaskini sistem berterusan selama 3 tahun untuk telefon mereka.

Jika anda mahukan prestasi tertinggi serta kamera lebih baik, Poco F2 Pro adalah jawapannya. Tetapi jika anda berminat dengan peranti gaming yang lebih mengasyikkan, Poco X3 adalah lebih menarik dengan skrin 120hz, speaker stereo, motor getaran paksi-z, serta bateri yang lebih besar.