• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sistem RFID akan diperluas ke lebuhraya selatan negara tahun hadapan

  • OLEH Najib
  • 12:51 pm
  • 07/09/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan diperluas ke beberapa plaza tol di lebuhraya selatan negara, pada awal tahun depan. Pelaksanaan itu adalah susulan ujian perintis yan telah dijalankan di sembilan plaza tol di utara negara iaitu Kedah dan Pulau Pinang pada 22 Julai lalu.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Mohd Shuhaimi Hassan, berkata “Kita dalam peringkat percubaan di utara, kemudiannya kita akan cuba di Johor dan seterusnya kita akan cuba untuk keseluruhan. Kita kena uji lagi untuk melihat keberkesanan sistem ini bagi menambah baik sistem serta memudahkan lebih 1.7 juta pengguna lebuh raya.”



Pelaksanaan RFID adalah langkah awal ke arah Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti (MLFF) di lebuh raya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan bayaran tol pada masa akan datang, sekali gus dijangka dapat melancarkan aliran trafik di lorong tol.

RFID kini dilaksana dan diuji di 62 plaza tol sistem tol terbuka bermula 1 Januari lalu antaranya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA). Ia termasuk Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Lebuhraya KL – Karak (KLK) dan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK).



Sumber: Bernama

Tags: plusrfid
Najib

Najib

POPULAR

Sistem RFID akan diperluas ke lebuhraya selatan negara tahun hadapan

7 September 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN