• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jam pintar Oppo yang mirip Apple Watch akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:56 pm
  • 14/09/2020
  • Komen
Jam pintar Oppo yang mirip Apple Watch akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Populariti Android sebagai sistem operasi (OS) yang banyak digunakan di telefon pintar, tidak diterjemah sama di ruangan jam pintar. Wear OS yang direka Google untuk kegunaan jam pintar, ada banyak fungsi apabila dihubungkan dengan peranti Android. Tetapi kebanyakan pengeluar jam pintar tidak menggunakan Wear OS, sebaliknya menggunakan OS buatan mereka sendiri.

Salah satu pengeluar jam pintar tahun ini yang menggunakan Wear OS, adalah Oppo. Mereka telah melancarkan jam pintar Oppo Watch di pasaran antarabangsa pada bulan Ogos lepas, menggunakan rekaan yang sangat mirip dengan Apple Watch dan dikuasakan oleh Wear OS. Oppo Malaysia kini menyatakan bahawa Oppo Watch akan datang ke Malaysia tidak lama lagi.



Terdapat dua saiz skrin Oppo Watch, 41mm dan 46mm. Model 41mm menggunakan badan diperbuat dari aloi manakala model 46mm pula menggunakan aluminium. Sementara model 41mm hanya terdapat dalam versi Wifi, model 46mm boleh dibeli antara model WiFi dan LTE, menggunakan eSIM.

Skrin pada Apple Watch melengkung di sisi, menjadikan ia kelihatan seperti tiada bingkai di tepi. Walaupun rupanya menyerupai Apple Watch, ia tidak menggunakan butang ‘digital crown’ sebaliknya dilengkapi dua butang fizikal.



Kedua-dua model menggunakan skrin AMOLED, dengan saiz 1.6-inci 320×360 di model 41mm, dan saiz 1.91-inci 402×476 di model 46mm. Bateri masih menjadi masalah utama seperti Wear OS yang lain. Model 46mm memmiliki hayat sehingga 36 jam manakala model 41mm pula hanya 24 jam. Ia menyokong pengecasan pantas Watch VOOC, dengan pengecasan penuh mengambil masa 75 minit manakal 46% hanya 15 minit.

Oppo Watch dikuasakan oleh pemproses Snapdragon Wear 3100, bersama RAM 1GB dan storan 8GB. Ia kalis air sehingga 3ATM untuk model 41mm da 5ATM bagi 46mm. Wear OS boleh mengakses pelbagai aplikasi di Google Playstore, serta menggunakan pelbagai perkhidmatan Google seperti Google Pay, Assistant dan Play Music.

Di India, Oppo Watch dijual dengan harga seperti berikut:

  • Oppo Watch 41mm Wifi – INR14,990 (~RM 845)
  • Oppo Watch 46mm Wifi – INR19,990 (~RM 1,127)

Harga jualan di Malaysia dijangka lebih mahal dari di India. Maklumat sepenuhnya pasti akan diketahui di majlis pelancarannya tidak lama lagi.

Tags: Oppo Watch
Najib

Najib

POPULAR

Jam pintar Oppo yang mirip Apple Watch akan datang ke Malaysia

Jam pintar Oppo yang mirip Apple Watch akan datang ke Malaysia

14 September 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN