Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme 7 dan 7 Pro akan dilancarkan di Malaysia bulan ini

Telefon pintar kelas pertengahan Realme yang baru, siri Realme 7 akan tiba di Malaysia pada hujung bulan September. Perkara ini dimaklumkan oleh Realme Malaysia menerusi Facebook rasminya.

Seperti sebelumnya, pelancaran Realme 7 dan 7 Pro akan dibuat secara dalam talian sahaja, menerusi Facebook Realme Malaysia. Majlis pelancaran tersebut akan diadalan pada hari Khamis, 24 September 2020 pukul 12 tengah hari.

Siri Realme 7 telah dilancarkan di India minggu lepas. Harga jualannya di India adalah seperti berikut:

  • Realme 7 (6GB+64GB) – INR14,999 (~RM 846)
  • Realme 7 (8GB+128GB) – INR16,999 (~RM 958)
  • Realme 7 Pro (6GB+128GB) – INR19,999 (~RM 1,128)
  • Realme 7 Pro (8GB+128GB) – INR21,999 (~RM 1,240)

Untuk perbandingan, siri Realme 6 telah dijual di Malaysia dengan harga berikut:

  • Realme 6 (4GB+128GB) – RM 999
  • Realme 6 (8GB+128GB) – RM 1,199
  • Realme 6 Pro (8GB+128GB) – RM 1,399

Melihatkan perbezaan harga ini, dijangka siri Realme 7 akan mewarisi harga yang sama dengan siri Realme 6 di Malaysia.

Kuasa Realme 7 dinaik taraf, kini menggunakan pemproses Mediatek Helio G95. Baterinya dibesarkan ke 5,000mah dan menyokong pengecasan pantas 30W. Ia masih mengekalkan skrin LCD 90Hz berukuran 6.5-inci, dengan 4 kamera belakang bersama kamera utama 64MP, menggunakan sensor Sony IMX682.

Realme 7 Pro pula masih mengekalkan kuasa Snapdragon 720G di dalamnya. Naik taraf terbesar padanya ialah penggunaan skrin Super AMOLED 6.4-inci, dengan kadar penyegaran turun kepada 60hz sahaja. Baterinya sebesar 4,500mAh dan menyokong pengecasan lebih pantas, 65W.

Realme pasti akan mengadakan promosi jualan awal untuk telefon pintar terbaru mereka ini di Malaysia. Kita nantikan pengumuman lanjut dari Realme Malaysia tentang promosinya semasa ia dilancarkan.

Sumber: Realme

BACA  Realme kini jual penimbang dan berus gigi