• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG Wing nampak macam telefon biasa, tapi sebenarnya bukan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:35 am
  • 15/09/2020
  • Komen
LG Wing nampak macam telefon biasa, tapi sebenarnya bukan
Share on FacebookShare on Twitter

LG telah melancarkan satu telefon dengan rekaan tak konvesional. LG Wing miliki paparan boleh kilas untuk mendedahkan paparan sekunder yang lebih kecil.

Dalam keadaan biasa, LG Wing memang nampak seperti telefon biasa. Ia ada paparan utama OLED sebesar 6.8” beresolusi FHD+. Paparannya memanjang macam keluarga Xperia.



Apabila paparan utamanya dikilas 90 darjah, anda boleh mengakses paparan sekunder 3.9” OLED dengan bentuk hampir segi empat sama. LG tidak berkongsikan resolusi paparan ini dalam helaian spesifiaksi.

Untuk mekenisme bergerak ini, LG maklumkan yang mereka telah menguji aksi buka dan tutup sebanyak 200,000 kali bagi menguji keutuhannya.



Di bahagian belakang, ada tiga buah kamera. Ia menggabungkan sensor 64MP, 13MP ultralebar, dan 12MP kamera gimbal bersudut pandang ultralebar. Kamera selfie telefon ini gunakan mekanisme pop-up untuk menyembunyikan kamera 32MP.

Atas papan utama ia diperkasa Snapdragon 765G (5G) bersama-sama RAM 8GB. Storan yang dibekalkan padanya ialah 128GB dengan 1 slot mikro-SD kalau nak luaskan storan.

Bateri sebesar 4,000mAh membekalkan kuasa pada telefon ini dengan pengecasan pantas 25W.

Daripada segi praktikaliti, hanya masa saja yang boleh beritahu sama ada ia boleh kekal hidup dalam kegunaan seharian. Ia tetap dua paparan yang berlainan berbanding solusi boleh lipat yang jadikan paparan jadi lebih besar.

LG tidak berkongsikan maklumat harga ataupun dimanakah ia akan dijual di luar Amerika Syarikat. Namun, anda boleh kata yang ia tidak murah.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: lgLG Wing
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
LG Wing nampak macam telefon biasa, tapi sebenarnya bukan

LG Wing nampak macam telefon biasa, tapi sebenarnya bukan

15 September 2020
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN