Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Spesifikasi Proton X50 terbongkar, tempahan bermula pada Hari Malaysia

Proton hari ini telah menjemput pihak media untuk memperkenalkan model terbaru kenderaan mereka, Proton X50. Segala spesifikasi dan varian Proton X50 turut diumumkan, kecuali satu perkara penting.

Perkara penting tersebut, ialah harganya. Bagaimanapun, tempahan awal Proton X50 akan dibuka bermula dari Hari Malaysia, 16 September 2020. Bayaran tempahan boleh dibuat dari serendah RM 500 sahaja.

Orang ramai boleh menyaksikan Proton X50 dengan mata kepala mereka sendiri, bermula dari 19 September 2020, di pusat pameran Proton terpilih.

Terdapat 4 variasi untuk Proton X50 dengan 2 jenis enjin, 1.5L Turbo dan 1.5L TDi yang lebih berkuasa. Varian asas dipanggil 1.5T Standard, diikuti 1.5T Executive, 1.5T Premium dan 1.5TGDi Flagship. Dari nama ini, kita ketahui hanya varian paling atas, menggunakan enjin 1.5TGDi.

Varian 1.5T Standard akan dilengkapi enjin Turbo 1.5 Liter, dipadankan dengan transmisi dwi-klac (DCT) 7 kelajuan. Ia turut dipasang dengan 4 beg udara SRS untuk keselamatan. Lampu LED digunakan di hadapan bersama rim aloi 17-inci.

Tempat duduk akan menggunakan kain fabrik dan datang lengkap bersama penyaman udara belakang, seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Sistem hiburannya akan dilengkapi skrin sentuh 8-inci dan siap dengan kamera undur.

Bagi varian 1.5T Executive, ia akan ada semua ciri-ciri di Standard dengan naik taraf seperti 6 beg udara SRS, stereng yang dibalut dengan kulit, lampu depan automatik, lampu kabus dan kemasan kulit untuk tempat duduk.

Varian 1.5T Premium pula, mewarisi ciri-ciri di Executive dengan tambahan sistem pemantauan tekanan udara tayar, rim aloi 18-inci, kerusi elektrik pemandu, sistem hiburan dengan skrin sentuh 10-inci dan kamera 360-darjah.

Bagi varian teratas, 1.5TGDi Flagship, ia akan menggunakan enjin TGDi 1.5 Liter berkuasa tinggi, sistem bantuan pemandu termaju, kemasan dalaman dengan dua-tona warna serta ‘panoramic sunroof‘.

BACA  Huawei mahu jual Honor, langkah menang-menang untuk semua

Sebanyak 6 warna disediakan untuk pilihan bakal pemilik Proton X50 iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Citric Orange dan Passion Red.

Sistem hiburan di dalam Proton X50 ini menggunakan pemproses baru 4-teras E01, dengan sistem operasi GKUI 19 dan menyokong eSIM untuk sambungan internet.

Maklumat lain seperti harga dan tarikh jualannya, kena tunggu pengumuman lain Proton dalam masa terdekat. Tetapi jika anda yakin dengan maklumat ini dan mahu menjadi pemilik terawal Proton X50, segera buat tempahan dengan membuat bayaran RM 500 di pusat pameran Proton berhampiran.

Saksikan lebih banyak gambar Proton X50 di dalam galeri gambar kami di bawah ini.