Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Edisi Peminat Galaxy S20 akan dirasmikan minggu hadapan

Samsung telah mengeluarkan jemputan ke satu majlis pelancaran antarabangsa, dengan tema ‘Galaxy Unpacked for Every Fan‘. Walaupun tidak menyatakan secara terus, acara ini dijangka akan memperkenalkan ahli terbaru di dalam keluarga Galaxy S20, iaitu Galaxy S20 Fan Edition (Galaxy S20 FE).

Dari poster pelancaran tersebut, kelihatan dua bongkah berwarna biru dan hijau, menggantikan huruf A di perkataan Galaxy. Ia mungkin petunjuk bahawa Galaxy S20 FE akan datang dalam dua warna ini.

Acara pelancaran ini akan diadakan pada hari Rabu, 23 September 2020 pukul 10 malam waktu Malaysia. Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung majlis ini menerusi laman web Samsung Malaysia. Seperti biasa, peranti baru ini dijangka akan dijual di Malaysia sejurus dilancarkan di pentas antarabangsa, kerana Samsung Malaysia telah mula membuka pendaftaran minat di sini.

Untuk Samsung, ini bukanlah kali pertama mereka memperkenalkan ‘Fan Edition’. Selepas kontroversi Galaxy Note 7 dahulu, Samsung telah menarik balik semua peranti tersebut dari pasaran. Setelah ubahsuai dan pembaikan dilakukan, Samsung memperkenalkannya semula sebagai Galaxy Note Fan Edition.

Gambaran penuh Galaxy S20 FE telah dibocorkan oleh Evan Blass menerusi akaun Patreon beliau. Warna-warna yang digunakan di Galaxy S20 FE kelihatan lebih ceria dari keluarga Galaxy S20 yang lain, iaitu warna biru, merah, oren, putih, hijau dan ungu.

Sama seperti siri Galaxy S20 yang lain, Galaxy S20 FE dijangka akan dihasilkan bersama kuasa pemproses Snapdragon 865 dan Exynos 990. Ia juga akan hadir dengan skrin 120Hz.

Untuk kamera, dikhabarkan ia menggabungan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP. Manakala kamera hadapannya 32MP, terletak di dalam lubang di atas skrin. Baterinya pula 4,500mAh.

BACA  Samsung lancar Galaxy S20 FE dilengkapi Snapdragon 865 di Malaysia

Galaxy S20 FE dilihat sebagai pengganti kepada Galaxy S10 Lite, di mana beberapa fungsi premium mungkin ditiadakan padanya. Antaranya ialah kalis air, speaker stereo dan pengecasan wayarles.

Harga jualan Galaxy S20 FE dijangka akan menjadi paling murah dalam keluarga Galaxy S20, mungkin di bawah RM3,000. Untuk rujukan, siri Galaxy S20 dijual di Malaysia dengan harga berikut.

  • Galaxy S20 128GB – RM 3,599
  • Galaxy S20+ 128GB – RM 3,999
  • Galaxy S20 Ultra 5G 128GB – RM 4,999

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Samsung di majlis pelancarannya minggu hadapan.