• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Amazfit GTR 2 & GTS 2, jam tangan kecergasan yang tak korbankan rupa untuk specs

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:08 pm
  • 25/09/2020
  • Komen
Amazfit GTR 2 & GTS 2, jam tangan kecergasan yang tak korbankan rupa untuk specs
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit memang tersohor dengan penawaran gajet penjejak kesihatan berspecs premium pada harga patut. Dalam kategori jam tangan fesyen, mereka telah kemas kini barisan GTR dan GTS mereka dengan GTR 2 dan GTS 2.

GTR 2 menampilkan rekaan muka jam bulat manakala GTS 2 memiliki badan petak ala Apple Watch. Mereka berdua diumukan di China terlebih dahulu pada harga seperti berikut:



  • Amazfit GTR 2 Sports – RMB 999 (~MR610)
  • Amazfit GTR 2 Classic – RMB 1,099 (~RM671)
  • Amazfit GTS 2 – CNY 999 (~RM610)

Merujuk pada laman rasmi Global Amazfit, produk-produk in masih belum dipasarkan diluar China sebab mereka masih belum disenaraikan dalamnya. Di China, peminat boleh dapatkannya bermula 23 September 2020.

Amazfit GTR 2

Abjad R dalam GTR merujuk pada “Round”, ataupun muka jam bulan. Padanya terdapat panel AMOLED 1.39” sama seperti generasi sebelumnya. Tapi nampaknya Amazfit telah memperkecil bingkai jam tangan ini untuk berikan kesan paparan penuh hujung ke hujung.



Beza edisi Sports dengan Classic adalah pada materi badan dan jenis strap. Sports meneima badan aloi alumuniun bersama-sama tali silikon manakala Classic miliki badan stainless steel dan tali kulit.

Salah satu perubahan besar pada edisi kali ini ialah sensor SpO2. Ia boleh membaca paras oksigen dalam darah. Selain SpO2, ciri-ciri sedia ada seperti pengimbas nadi dan GPS masih dikekalkan. Anda juga akan temui mikrofon pada jam tangan ini untuk tujuan menjawab panggilan telefon.

Berkaitan hayat bateri, spesifikasi rasmi menunjukkan yang ia mampu bertahan selama 38 hari bila semua sensor dimatikan. Dalam pola pengguna kasual, ia boleh pergi sehingga 14 hari lamanya.

Amazfit turut memberikan ruang storan seluas 4GB untuk anda sumbat MP3 kegemaran dan dengarnya di earfon Bluetooth semasa bersenam.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Amazfit GTS 2

Ini adalah versi petak kepada GTR 2 . Ia miliki semua yang ada pada versi bulat. Tak macam generasi terdahulu, GTS lama tiada mikrofon untuk menjawab telefon tapi versi kali ini ada.

Tapi, disebabkan fizikalitinya yang lebih nipis, Amazfit GTS 2 miliki bateri yang lebih kecil dan ia memberikan hayat penggunaan 50% lebih pendek berbanding GTR. Dalam pola penggunaan biasa, anda cuma mencapai 7 hari waktu penggunaan tapi jika segala sensor dimatikan, ia boleh pergi sehingga 20 hari lamanya.

Antara fungsi yang anda boleh manfaatkan adalah seperti:

  • SpO2
  • GPS+GLONASS
  • storan 4GB untuk MP3
  • akseletometer untuk jejak langkahan
  • pengimbas nadi

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: amazfitAmazfit gtr 2amazfit gts 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Amazfit GTR 2 & GTS 2, jam tangan kecergasan yang tak korbankan rupa untuk specs

Amazfit GTR 2 & GTS 2, jam tangan kecergasan yang tak korbankan rupa untuk specs

25 September 2020
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER