Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Persidangan video percuma Google Meet akan dihadkan ke 60 minit bermula Oktober

Google Meet adalah platform persidangan video pelbagai pihak yang dibangunkan oleh Google. Ia pada awalnya ditawarkan untuk pengguna berbayar sahaja, sebelum dibuka kepada semua pengguna Gmail secara percuma bermula Mei 2020, untuk menggalakkan orang ramai bekerja dari rumah akibat penularan wabak COVID-19.

Semasa diumumkan penggunaan percuma pada bulan April lepas, Google turut menyatakan panggilan tanpa had untuk Google Meet akan dibuka sehingga 30 September 2020 sahaja. Dan tarikh tamat tersebut kian hampir.

Selepas 30 September 2020, semua pengguna Gmail masih boleh menggunakan persidangan video Google Meet secara percuma. Tetapi ia akan dihadkan kepada 60 minit sahaja. Wakil dari Google menyatakan kepada The Verge, mereka tidak ada perancangan untuk meneruskan lagi panggilan percuma Google Meet tanpa had untuk pengguna biasa.

Sepanjang tempoh terbuka dari bulan Mei lepas, semua pengguna Gmail boleh membuka persidangan video untuk sambungan hingga 100 orang, tanpa had massa. Bagi pengguna G Suite dan pelanggan Education, ia membenarkan persidangan video sehingga 250 orang, strim secara langsung sehingga 100,000 orang dari satu domain, serta boleh menyimpan rakaman persidangan video di Google Drive. Fungsi ini adalah eksklusif untuk pelanggan G Suite dengan pelan Enterprise, berkadar RM105/bulan untuk setiap pengguna. Jika mahu meneruskan penggunaan ciri-ciri ini, kenalah melanggan pelan G Suite Enterprise.

Secara kasar, ia bukanlah kehilangan yang besar kerana pengguna Gmail percuma, masih boleh membuat persidangan video secara percuma dengan had masa 60 minit sahaja. Panggilan ini masih boleh dibuat berulangkali, selepas tamat tempoh 60 minit.

BACA  Laptop Honor MagicBook 14 kini RM200 lebih murah