Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Hanya 7 peranti Realme dapat mencuba Android 11 tahun ini

Google telah mengumumkan bahawa sistem operasi mudah alih terbaru mereka, Android 11 mula dilepaskan secara rasmi ke peranti Android terpilih awal bulan ini. Seperti biasa, peranti keluaran Google iaitu Pixel, akan menjadi yang terawal mendapat OS terbaru ini.

Dalam pengumuman yang sama, Google ada menyatakan beberapa pengeluar akan turut menyediakan kemaskini Andoid 11 kepada peranti keluaran mereka dalam masa terdekat. Salah satu darinya ialah Realme dan mereka telah mengeluarkan garis masa untuk kemaskini Android 11 bermula bulan September.

Bagaimanapun, garis masa ini adalah untuk versi Beta dan ia untuk peranti di India. Versi akhir yang stabil, akan terdapat untuk semua pengguna di kemudian hari. Jika anda dari Malaysia, anda pun boleh mencuba Android 11 Beta dari India ini. Tetapi jika ada masalah, kena tanggung sendiri.

Realme akan mengenakan ubahsuai terhadap Android 11 dan memberi nama Realme UI 2.0 padanya. Garis masa Realme UI 2.0 Beta untuk peranti Realme di India adalah seperti berikut:

September 2020

  • Realme X50 Pro

November 2020

  • Realme 7 Pro
  • Realme Narzo 20

Disember 2020

  • Realme 6 Pro
  • Realme 7
  • Realme Narzo 20 Pro
  • Realme X2 Pro

Januari 2021

  • Realme X3
  • Realme X3 Superzoom
  • Realme X2
  • Realme 6
  • Realme C12
  • Realme C15

Februari 2021

  • Realme 6i
  • Realme Narzo 10

Mac 2021

  • Realme C3
  • Realme Narzo 10A

April – Jun 2021

  • Realme X
  • Realme XT
  • Realme 3 Pro
  • Realme 5 Pro
  • Realme Narzo 20A

Sumber: Realme

BACA  Pihak berkuasa sedang pantau insiden kebocoran data peribadi daripada ShopBack