• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Ikhlas oleh AirAsia, sediakan servis Akikah di dalam dan luar negara

  • OLEH Najib
  • 1:20 pm
  • 30/09/2020
  • Komen
Ikhlas oleh AirAsia, sediakan servis Akikah di dalam dan luar negara
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengadakan perkhidmatan Qurban pada Hari Raya Aidiladha yang lepas, anak syarikat AirAsia, Ikhlas kini meluaskan perkhidmatan mereka dengan menawarkan ‘Akikah’. Akikah bermaksud penyembelihan haiwan tertentu untuk anak yang baru lahir, selain mencukur atau memotong rambut dan menamakan mereka.

Ikhlas menyediakan perkhidmatan Akikah untuk dilaksanakan di dalam dan luar negara, merangkumi lebih daripada 35 buah negara di seluruh dunia. Antaranya di Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Filipina, Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka, India, Palestin, Pakistan dan banyak lagi.



Selain itu, Ikhlas juga menjalankan perkhidmatan Akikah di tanah suci Mekah. Setiap daging sembelihan di luar negara ini akan diagihkan kepada komuniti yang memerlukan di negara tersebut.

Pakej Akikah yang ditawarkan Ikhlas adalah seperti berikut:



  • Akikah Dalam Negara – dari RM799 seekor kambing
  • Akikah Luar Negara – dari RM580 seekor kambing
  • Akikah Mekah – dari RM499 seekor kambing

Tempahan Akikah boleh dibuat menerusi laman web www.ikhlas.com/aqiqah. Setiap tempahan akan turut menerima mata ganjaran Big Point (1 mata Big Point bagi setiap RM2), serta sijil rasmi yang memaparkan lokasi bagi setiap Akikah yang dilaksanakan.

Ikhlas Kamarudin, Ketua Ikhlas berkata: “Kami bangga untuk memperkenalkan perkhidmatan Akikah sebagai satu lagi produk mudah dengan harga yang berpatutan di platform kami bermula dengan pakej Akikah Luar Negara, dan akan disusuli dengan pakej Akikah di dalam negara tidak lama lagi. Melaksanakan Akikah adalah digalakkan bagi Umat Islam sebagai tanda syukur untuk bayi yang baru lahir, dan antara manfaat lain termasuklah mengumumkan kelahiran bayi, meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan, selain membantu golongan asnaf. Setiap tempahan perkhidmatan Akikah melalui IKHLAS juga akan membantu komuniti yang memerlukan termasuklah para pelajar, pekerja di barisan hadapan dan ramai lagi.”

Ikhlas adalah satu jenama perniagaan di bawah AirAsia yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia. Selain Akikah, Ikhlas turut menyediakan perkhidmatan seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau melalui laman sosial di Instagram @ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom.

Sumber: AirAsia

Tags: AirAsiaIkhlas
Najib

Najib

POPULAR

Ikhlas oleh AirAsia, sediakan servis Akikah di dalam dan luar negara

Ikhlas oleh AirAsia, sediakan servis Akikah di dalam dan luar negara

30 September 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN